Shhtt.. ada orang sedang berjiwang.

Isnin, 9 Disember 2013

Bab 11 Si Kolot Suami Ku

Usai majlis di bahagian pengantin perempuan, sebelah pihak lelaki pula menyusul seminggu kemudian. Walaupun majlis diatur secara sederhana namun akhirnya tetamu yang datang berkoyan-koyan ramainya. Nasib baiklah takde kes nasi tak cukup.
Edrina macam sebelum-sebelum ini, dia tetap hanyut dengan perhatian orang ramai kepadanya walaupun tidak berada di dalam hotel mewah. Biasalah.. diva memang macam ini lagaknya. Kudin pula lebih banyak malu-malu kucing gitu!
Petang itu kira-kira jam 4 barulah kawasan rumah itu reda sedikit dengan kehadiran orang ramai. Yang tinggal hanya beberapa orang wanita yang membantu Mak cik Kunah membasuh periuk belanga. Tidak ketinggalan Lisa juga turut menyumbang tenaga di rumah itu. Tiba-tiba dia jadi wanita yang paling rajin pula di alam semesta ini.
Pengantin perempuan? Sebaik sahaja baju sanding ditanggalkan dia terus berbaring di atas katil. Penat benarlah tu agaknya. Kudin hanya mampu menggeleng melihat isterinya.
“Mari makan dulu. Kau makan sikit aja tadi,” ajak Kudin. Dia sendiri pun makan sikit aja sebab segan makan di hadapan orang ramai.
“Aku dah tak larat nak jalanlah. Lagipun ramai orang kat dapur tu. Nantilah.. bagi aku rehat sekejap,” jawab Edrina dalam mata terpejam.
“Kalau macam tu aku makan dulu. Aku ada kerja nak buat ni,” sambut Kudin malas mahu menunggu lagi. Dia tidak sampai hati mahu membiarkan emaknya bersusah payah mengemas rumah itu dengan bantuan orang luar.
Edrina diam tidak menjawab. Pemergian Kudin juga tidak dipandang. Dia hanya mahu tidur sekejap.
Di dapur, kehadiran Kudin disambut oleh pandangan wanita-wanita dewasa itu. Termasuk Lisa!
“Apa buat di dapur ni pengantin oi! Darah manis lagi tu..” perli Mak cik Salmah sengaja mahu mengusik Kudin.
“Makanlah.. lapar ni,” jawab Kudin selamba sambil tersenyum.
“Bini cantik kamu tu mana, Kudin? Tunjuklah sikit. Tak puas lagi mak cik menengoknya tadi. Simpan dalam gobok ke? Tak bagi orang tengok?” Mak cik Salmah mengusik lagi.
Kudin hanya tersenyum tidak menjawab. Tudung saji di atas meja diangkatnya. Kebanyakan lauk kenduri tadi sudah disimpan emaknya di atas meja itu.
“Abang nak makan ke?” soal Lisa tiba-tiba menerpa kepada Kudin.
“Ha’ah..” jawab Kudin biasa.
“Lisa join sekali. Dah lapar baliklah. Tadi pun Lisa makan sikit aja,” ucap Lisa sambil tersenyum kepada lelaki itu.
Kudin tidak menjawab. Dia terus ke sinki untuk membasuh tangan. Namun sesampai dia di meja semula dia lihat Lisa sudah menyendukkan nasi ke dalam pinggan untuk mereka berdua. Aneh perasaannya kerana sudah lama Lisa tidak melayannya semesra ini.
“Bini abang buat apa kat atas?” soal Lisa sebaik sahaja duduk di hadapan Kudin.
“Dia baring sekejap. Letih sangat katanya,” jawab Kudin sambil menyenduk lauk ke dalam pinggannya.
“Nanti dia duduk sini dengan abang ke?” soal Lisa lagi.
Kudin mengangguk sahaja.
“Boleh ke anak orang kaya macam tu duduk kat sini. Macam pelik pulak,” komen Lisa tanpa dapat ditahan.
“Apa yang peliknya?” soal Kudin dengan kerutan di kening.
“Yalah.. boleh ke anak orang bangsawan macam tu sesuaikan diri kat kampung macam ni? Macam pelik pulak.. orang berhijrah ke KL. Tapi dia dari KL masuk kampung.” Usai meluahkan pendapat peribadinya itu Lisa ketawa kecil.
“Oh.. macam tu ke? So kampung ni sesuai untuk orang macamana? Macam abang?” tanya Kudin semakin tidak senang.
Lisa terdiam tiba-tiba. Terlupa pula dia yang Kudin juga berasal daripada golongan itu. “Sorry, Lisa tak berniat nak kecilkan hati abang,” ucap Lisa kemudian dengan sedikit renungan bercahaya kepada lelaki itu.
Kudin diam malas mahu melayan lagi. Suapannya dilajukan. Aneh perasaannya tatkala terpandangkan renungan berbaur pesona itu.
“So abang plan nak bawak bini abang tu honeymoon kat mana?” soal Lisa sengaja melanjutkan perbualan lagi.
“Tak honeymoon kat mana-mana pun. Abang banyak kerja kat sini,” ujar Kudin biasa.
“Tapi kalau Lisa.. Lisa suka pergi honeymoon. Barulah romantik, bang. Baru-baru kahwin macam nilah nak spent masa berdua aja,” ucap Lisa sambi tersenyum manja.
Kudin diam lagi dalam pada hatinya berkata-kata sendiri. Apa kena mengena benda tu dengan aku? ajaklah si Gabriel tu nanti..
“So bila turn Lisa pulak? Kata hari tu dah nak bertunang,” ucap Kudin sambil memandang sekilas gadis itu.
“Tak lama lagi,” jawab Lisa lantas tersenyum sendiri.
“Hmm. baguslah.” Pendek sahaja jawapan Kudin.
Sedang mereka berbual berdua Kudin terdengar derap kaki di lantai ruang tamu rumahnya. Dia menoleh untuk melihat siapa yang mendekati kawasan dapur itu. Matanya menjamah wajah Edrina sedang berdiri di atas tangga ke dapur itu. Wanita itu sedang memandang mereka berdua.
“Mari makan, Rina.” Mak cik Kunah terus menyapa sebaik sahaja ternampak Edrina.
“Tak lapar. Nak pergi bilik air aja, mak.” Edrina menjawab malas. Dia turun ke bawah tanpa memandang Kudin dan Lisa.
Kudin dan Lisa terus membisu di meja makan itu. Mak cik Kunah memandang Kudin. Ada rasa tidak senang di hatinya melihat Kudin berdua di meja itu dengan Lisa. “Cepat makan tu, Kudin. Tolong mak susun periuk besar ni kat pelantar belakang tu. Sesak dapur ni. Nak berjalan pun tak boleh,” ucap Mak cik Kunah kepada anaknya itu.
“Yalah, mak.” Kudin menyuap laju. Sebaik sahaja nasinya licin dia terus bangun dengan mulut masih penuh. Sewaktu dia mendekati emaknya dia bertembung dengan Edrina yang baru keluar dari bilik air. Wajah isterinya basah. Segala kesan alat solek sudah menghilang.
“Nak mandi ke?” soal Kudin lembut.
Edrina mengangguk sahaja. Entah kenapa hatinya sakit memandang Kudin duduk di meja makan dengan wanita itu. Macam dia pernah nampak wanita itu. Tetapi dia lupa.
“Jom..” ajak Kudin pantas. Emaknya terus ditinggalkan di situ. Dia menarik Edrina naik ke atas.
“Amboi! Nak mandi sama ke tu?” perli Mak cik Salmah yang memandang gelagat pasangan pengantin baru itu. Mak cik Kunah sempat tergelak mendengar ejekan itu.
“Selalu mandi sorang. Ni nak rasa mandi berdua pulak, mak cik Salmah,” jawab Kudin sengaja berloyar buruk dengan wanita itu.
Edrina terus meninggalkan kawasan dapur itu. Menyampah dia mendengar jawapan Kudin. Mandi sama? Eee.. tolong sikit! Kalau ada tub mandi okaylah jugak. Takkan nak berendam sama dalam kolah simen tu? Tak kelas langsung!
“Kau jangan nak berangan aku nak mandi dengan kau ek? Buat malu aku aja!” getus Edrina ketika di dalam bilik.
“Mana ada mandi sama pulak. Siang lagi ni nak mandi sama pun,” jawan Kudin perlahan.
“Habis tu yang kau ajak aku tadi tu apa?” soal Edrina dingin.
“Manalah tahu kau perlukan apa-apa. Tuala ke.. baju je..”
“Aku ada semua tu. Kau tak payah risau. Dahlah! Keluar sekarang. Aku nak salin baju ni,” ucap Edrina pantas. Bilik itu tiada kamar mandi. Jadi dia terpaksa meminta Kudin keluar pula. Tiba-tiba dia jadi penyegan.
Kudin akur. Pintu bilik dirapatkan untuk wanita itu. Dia kembali semula ke dapur untuk melunaskan kerja yang diminta oleh emaknya itu.
“Kenapa masam aja bini abang tu?” Lisa kembali menghimpit Kudin saat di belakang rumah itu.
“Dia letih,” jawab Kudin perlahan.
“Tak macam rupa orang yang tengah seronok sebab baru kahwin. Masam aja. Sombong pulak tu!” komen Lisa tanpa disuruh. Dia mencebik sedikit saat membayangkan wajah Edrina yang dilihatnya tadi.
Kudin terus menoleh kepada Lisa. “Sombong apanya? Lisa kenal Edrina dah lama ke sanpai boleh nilaikan dia macam tu?” soal Kudin tidak senang.
“Takdelah macam tu..”
“Jangan cepat sangat bercakap buruk tentang orang ni. Abang tak suka, Lisa! Edrina tu isteri abang,” pintas Kudin sedikit keras. Pandangan tajamnya singgah seketika di wajah polos itu.
“Sorry. Lisa tak tak bermaksud macam tu,” ujar Lisa rendah.
Kudin mendegus seketika sebelum meninggalkan Lisa sendiri di situ.

Malam itu..
Edrina sudah naik ke atas katil. Macam biasalah.. Kudin tidak dipedulikannya sangat.
“Lepas dah habis tolong mak kemas rumah ni, kita pindah duduk rumah nenek kat belah hulu sana,” ucap Kudin kepada wanita itu.
“Okay..” sepatah sahaja jawapan Edrina. Bagus! Bolehlah dia request bilik asing nanti.
Kudin pula mengikut jejak naik ke atas katil. Dek kerana dia tahu Edrina tidak suka dia tidak berbaju kali ini dia menukar resamnya, tidur dengan berbaju. Selimut ditariknya. Edrina pula sudah memandang ke arah lain. Seperti sebelum-sebelum ini dia lebih banyak berdiam sahaja.
Mata cuba dipejamkan Edrina. Namun sukar pula dia mahu tidur walaupun badan sebenarnya sudah keletihan. Fikirannya ligat memikirkan dirinya. Kini dia terpaksa duduk di kampung dengan lelaki kolot yang tidak disukainya ini. Dia sendiri tidak tahu berapa lama dia boleh bertahan. Hakikatnya walaupun dia akur namun di dalam jiwanya terus ada ombak yang bergulung membadai hatinya setiap kali dia memandang sekelilingnya yang sudah jauh berubah.
Sedang  Edrina ralik berfikir sendiri sambil menghadap dindin papan di hadapannya itu, telinganya menangkap satu bunyi yang aneh dan agak panjang. Walaupun aneh namun dia masih kenal bunyi apa itu.
Spontan dia menoleh ke sebelah. Kudin sedang terlentang memandang atas. “Kau kentut ya?” soal Edrina agak kuat. Spontan dia menolak selimut yang membaluti mereka berdua. Tak senono punya mamat kampung. Kentut dalam selimut pulak!
“Angin banyak..” jawab Kudin selamba.
“Kau ni memang saja ajakan? Nak kentut pergilah keluar sana,” marah Edrina. Tidak selera dia mahu masuk ke dalam selimut semula.
“Tak baulah. Itu kentut biasa je tu,” jawab Kudin sambil mengiring membelakangkan isterinya. Padan muka kena kentut! Dalam hati dia tergelak melihat gelagat Edrina.
“Tak senonoh! Benci aku dengan kau ni.” Edrina yang geram terus mencampakkan selimut bahagian dia kepada Kudin. Macam ni rupanya cara Kudin mengambil hatinya. Kentut dalam selimut! Ikutkan hatinya mahu sahaja dia tidur di luar. Tapi dia segan pula kepada emak mertuanya itu.

Memang kena request bilik asing jugak ni. Tak lalu dia duduk di bawah selimut yang sama dengan kentut Kudin. Memang tak senonoh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan