Shhtt.. ada orang sedang berjiwang.

Sabtu, 14 Disember 2013

Bab 18 SI KOLOT SUAMI KU

Tidur wanita itu terganggu. Perutnya yang terasa memulas dipegangnya.
“Adoi.. sakit perut pulak,” keluh Edrina sendiri. Memulas lain macam pula dirasakannya. Eee.. kenapalah mesti sakit perut waktu-waktu macam ni. berat benar hatinya mahu ke tandas seorang diri. Maklumlah.. ada kubur.
“Kudin..” akhirnya lelaki di sebelahnya itu dibangunkannya.
“Kudin..” panggil Edrina lagi sambil tubuh suaminya itu ditepuk-tepuk.
Kudin tersentak sedikit. Terus dia memandang ke sebelah.
“Apa dia?” tanya lelaki itu sambil mengangkat kepala.
“Nak pergi jambanlah..” ucap Edrina rendah.
“Habis tu pergi ajalah,” jawab Kudin dengan selamba dia kembali memejamkan mata. Mengantuk benar dia.
"Takut! Cepatlah bangun.. sakit perut ni," rengus perempuan itu lantas menggoncang tubuh Kudin kuat.
Kudin mengeluh perlahan dalam pada dia cuba mengawal kantuknya. "Hi.. aku jugak kena teman kau pergi jamban. Tulah.. siapa suruh makan banyak-banyak siang tadi. Kan dah sakit perut," ucap Kudin lantas bangun malas.
"Siapa suruh buat jamban kat luar? Kan kat luar tu ada kubur. Aku takutlah!" jawab Edrina sebal. Kalau jamban dalam rumah takdelah dia mahu menyusahkan Kudin.
“Jomlah cepat. Aku mengantuk sangat ni,” ucap Kudin malas. Dia terus keluar daripada kelambu itu diikuti oleh Edrina.
Lampu suluh dicari Kudin di dapur. Namun tak ketemu. Dia sendiri pun lupa di mana dia meletakkan objek itu. “Lampu suluh tak jumpa pulak,” keluh Kudin sambil menggaru kepalanya.
“Habis tu macamana ni?” ujar Edrina sudah seram sejuk. Seram sejuk sebab nak membuang benar dan seram sejuk sebab takut pun iya jugak.
“Jom ajalah.. kat luar tu terang dengan cahaya bulan,” jawab Kudin lantas menarik tangan isterinya terus ke pintu dapur.
Memang benar kata Kudin. Bulan yang sedang mengambang tidaklah menyulitkan mereka berdua mahu berjalan ke tandas berlapis zink di kelilingnya itu. Mujurlah juga ada lilin memang tersedia selalu di dalam tandas untuk mereka-mereka yang ‘timing’ perutnya sudah lari seperti si Edrina ini. Seru dah tak ikut masa..
Tapi si Edrina dek sebab dalam otaknya asyik terfikirkan kubur tidak jauh dari situ tanpa segan silu lengan Kudin dipautnya sepanjang jalan ke tandas itu. Pedulilah! Janji dia selamat pergi dan selamat pulang dari membuang.
Edrina sekadar menunggu di luar sementara Kudin memasang lilin di dalam ruangan kecil itu. “Alamak.. air belum timba lagi.” Kudin baru terperasan air di dalam tempayan itu sudah cetek.
“Kau tunggu sini. Aku angkat air sekejap,” ucap Kudin.
“Nak ikut!” sambut Edrina pantas memaut lengan lelaki itu. Mahu pingsan dia dibiarkan di situ seorang diri. Apa tidaknya.. dari tempat dia berdiri dia boleh nampak pacakan nesan-nesan putih dengan bantuan cahaya bulan. Memang bulan betul-betul membantu dalam keadaan ini. Membantu dia menjadi lebih takut!
“Takde apanya. Sekejap aja aku pergi. Kalau ada hantu kacau, cakap Abang Kudin ada kat sini. Mesti hantu tu lari dengar nama Kudin!” ucap Kudin lantas melepaskan pautan isterinya yang cukup erat di lengannya.
“Kudin, kau jangan main-mainlah!”
“Sekejap aja. Bukannya jauh pun. Tak sampai sejengkal aja jauh perigi ni,” tekan Kudin lantas meninggalkan Edrina di situ.
Tiga kali Kudin mengangkut air barulah Edrina dibenarkan memulakan aktivitinya.
“Kau tunggu tau. Jangan pergi mana-mana,” ucap Edrina sebelum masuk ke dalam tandas itu.
“Ya.. aku tunggu kat situ,” jawab Kudin sambil menundingkan jari ke arah belakang tempat mandi itu. Hanya semeter dua sahaja jaraknya daripada jamban itu.
Sementara Edrina mengqadak hajat, Kudin duduk mencangkung di atas tanah. Pada mulanya dia mampu bertahan. Lima minit kemudian matanya kembali layu. Akhirnya dia sudah tidak sedar berapa lama Edrina berkurung di dalam jamban itu. Dia asyik melayan matanya. Dalam keadaan mencangkung pun boleh tidur. Nyamuk gigit pun dia sudah tidak peduli.
Edrina pula dek kerana sudah memulun dua tiga pinggan nasi tengahari dan ketika makan malam tadi, terpaksalah membuang agak lama. Selesai membuang dan membersihkan apa yang wajib barulah dia keluar. Namun saat dia menutup semula pintu kamar kecil itu matanya terpandangkan Kudin sedang menunggunya sambil tidur.
Sesaat dua itu Edrina memandang suaminya. Melihat Kudin tersengguk-sengguk menanti dia, dia berasa kasihan pula. Sebentar tadi Kudin yang bersusah payah mengangkatkan air untuknya. Kudin sanggup menunggunya sampai tertidur.
Hujung hati Edrina tersentuh entah kenapa. Dia mula tersedar.. Kudin memang sekadar lelaki biasa. Tetapi dia ada caranya sendiri untuk menjaga dan memanjakannya. Mungkin kerana mereka sedang berada di kampung dan suaminya hanya lelaki kampung. Inilah caranya dia dijaga dan dimanja oleh suaminya.
Edrina mula mendekati suaminya itu. tangannya mula maju menyentuh bahu lelaki itu. “Kudin..” panggil Edrina lembut.
Kudin mula membuka mata. Dia menoleh ke kirinya mencari Edrina. “Dah habis?” tanya Kudin dengan mata separuh terbuka.
“Dah..”
“Jom masuk,” ajak Kudin lantas bangun.
“Mengantuk sangat ke sampai boleh tidur macam tu?” edrina tersenyum gelihati dengan gelagat Kudin.
“Tunggu orang habis berak tengah-tengah malam ni memang mengantuk. Takde waktu lain nak berak agaknya. Waktu orang tengah tidur tulah seru dia nak mari,” sambut Kudin selamba. Jawapannya itu membuatkan lengannya dicubit halus oleh wanita itu.
“Dah sakit perut, nak buat macamana?” getus Edrina geram.
“Nasib baik ada Abang Kudin,” sambut Kudin mengerling isterinya seketika.
“Yalah.. Abang Kudin memang baik!” cebir Edrina merasa tersindir dengan kata-kata Kudin.
Kudin tergelak perlahan. “Jom basuh kaki dulu sebelum tidur. Nanti ada hantu ikut masuk dalam mimpi.”
“Eee.. apa hantu-hantu ni!” rengus Edrina tidak senang. Dah tahu dia penakut.. hantu jugak yang disebutnya. Kurang asam punya, Abang Kudin! Chewah!! Dah Abang Kudin pulak sekarang. Dalam hati dah ada tamanlah agaknya..
Melihat Edrina sedikit mesra dengannya dia memberanikan diri meletakkan tangan di atas bahu isterinya itu sambil berjalan ke arah perigi itu. Edrina sekadar membiarkan.
Namun sedang Edrina membasuh kakinya dia terasa ada sesuatu yang aneh melekat di tepi betisnya. Saat ditolak benda itu tidak mahu terlepas dan kulit betisnya terasa pedih. Dalam samar-samar banyangan Edrina terlihat ada benda hitam melekat di betis putihnya. Tiba-tiba bulu romanya berdiri.
“Kudin, apa ni?” soal Edrina sudah mula merasa seram. Dia tahu apa benda itu.
“Apa dia? Nak berak lagi ke?” tanya Kudin lantas mendekati Edrina.
“Kaki aku ada binatang tu. Buang!!!” rengus Edrina sudah panik sepanik-paniknya.
“Mana?”
“Sini..” tangan Kudin diambil Edrina. Terus diletakkan di bahagian tadi.
“Oh.. pacat ni,” ucap Kudin biasa. Dia tergelak sedikit saat meraba betis isterinya.
“Buanglah!!!!” marah Edrina sudah tidak tertahan.
“Biarlah.. dia nak rasa darah orang KL,” usik Kudin lantas tergelak.
“Buanglah cepat!” marah Edrina semakin meninggi. Dia siap terkinja-kinja di hadapan perigi itu.
“Duduk diamlah! Karang tergelincir, jatuh dalam perigi tu,” getus Kudin.
“Buang benda tu! Aku jerit nanti!” arah Edrina tajam.
“Nak buang ke? Kalau tarik sakit nanti. Pacat ni gigi taring dia banyak. Biarlah dia hisap darah tu sampai dia kenyang. Nanti pacat tu jatuh sendiri. Takde apanya,” jawab Kudin biasa. Dia sudah terbiasa dengan binatang itu. Tiada apa yang hendak ditakutkan.
“Aku takut, Kudin!” ucap Edrina bertambah takut mendengar fakta tentang gigi taring pacat yang dikatakan banyak oleh si Kudin itu. Leher Kudin terus dipeluknya dek kerana takut. Pedulilah malu ke apa!
“Aku tarik, kau duduk diam..”
Tatkala Kudin menarik pacat itu, Edrina mengeraskan dirinya dalam pada dadanya berdegup kencang tidak tertahan. Namun benar seperti yang diungkapkan Kudin, sewaktu dia menarik binatang itu kakinya terasa perit semacam. Sakit! Menjerit juga Edrina dibuatnya. Tapi dia lebih rela menahan sakit itu daripada membiarkan benda lembik itu bersarapan pagi di kakinya entah untuk berapa lama.
“Dah. Nanti letak minyak gamat,” ucap Kudin lantas melenyek pacat itu dengan seliparnya. Kemudian dia mengambil air. Betis wanita itu dibasuhnya dengan sabun dan tangannya juga dibersihkan dengan sabun.
Edrina sekadar berdiri memandang Kudin terbongkok-bongkok membersihkan kakinya. Sebaik sahaja lelaki itu berdiri lengan lelaki itu dipeluknya.
“Amboi.. bila takut aja baru kau nak peluk akukan?” perli Kudin melihat Edrina bukan main elok lagi melekap kepadanya. Kalau tidak.. sombong bukan main!
“Biarlah! Dah takut, nak buat macamana?” cebir Edrina malu sendiri dengan kelakuannya tadi.
“Aku ambil pacat tu balik baru kau tahu!”
“Janganlah!”
“Okay.. kalau tak mahu pacat tu, kasi upah kat Abang Kudin dulu. Cepat!” sambut Kudin nakal.
“Upah apa pulak ni?”
“Cium sikit,” ucap Kudin berani. Pipinya disuakan kepada Edrina.
“Gatallah dia ni!” getus Edrina sambil lengan Kudin dicubitnya.
“Cepatlah. Nak pacat ke.. nak cium Abang Kudin? Kena gigit pacat geli. Cium Abang Kudin best!” ancam Kudin mula menunjukkan kepakarannya mengambil kesempatan ke atas perempuan yang sedang tidak berdaya seperti si Edrina itu.
Mahu tidak mahu Edrina melunaskan juga kehendak si Kudin. Bibirnya melekap sesaat ke pipi Kudin.
“Aik? Macam tak ikhlas je tu? Tak rasa apa-apa pun? Apa kata biar Abang Kudin ajarkan?” dalam kelam itu Kudin tersengih miang. Peluang!!! Bisik hatinya seronok.
“Dahlah!” rengus Edrina tidak senang. Apasal miang sangat dia ni?
“Alah.. bukan ada orang nampak pun. Cepatlah!” desak Kudin sudah tidak sabar.
Namun baru dia mahu menyuakan bibirnya ke pipi Kudin dia terdengar sesuatu dekat dengan tempat mereka. "Ada oranglah!" ucap Edrina pantas berdiri di belakang Kudin.
Kudin memanjangkan leher mencari dari mana datangnya bunyi itu. Dadanya juga sudah berdegup lain macam. Namun tiba-tiba muncul emaknya di situ dengan lampu suluh. Wanita tua itu menyuluh dia merpati sejoli itu.
"Hish! Mak ni buat terkejut kami aja!" getus Kudin sambil mengurut dadanya.
"Kau orang ni dah takde kerja lain ke? Kat sini pun jadi jugak?" perli Mak cik Kunah sambil menyuluh dua manusia itu.
"Jadi apa, mak?" soal Kudin lugu.
"Kau ingat mak tak tahu ke apa kau buat tadi? Tak pernah dibuat orang Kudin oii!!!" getus Mak cik Kunah lantas meninggalkan dua manusia itu di situ. Kepalanya digelengkan entah kenapa. Kat perigi dalam gekap pun boleh bercinta ke?
Aku buat apa? Mana ada scene 18sx tadi. Kudin termanggu sendiri.
"Ini semua kau punya pasal!" ucap Edrina sebal. Lengan Kudin dipukulnya.
Kudin menghela nafas sendiri. Melepas lagi aku! Mak ni kacau daun ajalah! Getus hati Kudin sebal. Akhirnya dia menarik Edrina balik ke rumah. Takut apa pulak yang emaknya fikir kalau mereka berlama-lama di situ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan