Shhtt.. ada orang sedang berjiwang.

Isnin, 13 Januari 2014

3-BUTAKAH CINTA

“Semua A+? Wah! Gempak kau, Gina!” ucap Zahnita kekaguman. Terbuntang mata Ariya melihat slip keputusan peperiksaan SPM milik Regina itu. 11 A+ beratur dari atas sampai bawah! Tetapi mereka tak hairan.. sebab Regina yang mereka kenal memang ulat buku! Pergi ke mana-mana pun pasti ada sesuatu di tangannya yang dibawanya untuk dibaca.
“Kau orang pun okay jugak apa? 8 A+, 3A- kira cemerlang jugak tu. Yang penting B takde menyibuk sekali dalam slip result kita,” sambut Regina biasa.
“Mesti suka berguling-guling mama kau, Gina. Habis kau dilambung-lambungnya sampai atap.” Ariya berkata dalam nada kekaguman.
Regina tergelak serentak dengan Zahnita. Namun dalam pada mereka seronok tergelak di tepi dewan sekolah itu mata Regina sempat menangkap kelibat seseorang keluar daripada salah satu pintu dewan sekolah mereka itu. Hilang terus gelaknya tadi sebaliknya matanya terus fokus kepada lelaki itu. Iqmal berdiri seketika di situ sambil menatap slip keputusan STPMnya. Kelakuan Regina itu turut dilihat oleh dua lagi gadis itu.
“Kau nak tengok aja ke?” tanya Ariya lembut. kasihan pula dia melihat Regina. Esok lusa mereka tidak tahu adakah Regina dapat melihat Iqmal lagi sementelah mereka memang tidak tahu apa-apa langsung mengenai lelaki itu. Di mana dia tinggal.. anak siapa Iqmal itu.. mereka tidak tahu!
Regina menghela nafas perlahan. “Habis tu aku nak buat apa lagi?” jawab Regina dengan soalan itu. Melurut jatuh bahunya memikirkan tentang apa yang akan berlaku selepas ini.
“Ajaklah dia keluar,” ucap Zahnita serius mendesak Regina memulakan tindakan segera.
“Tak naklah! Malu aku..” jawab Regina dengan sedikit cebikan.
“Malu melepas tau!”
“Biarlah.. aku nak lupakan dia aja,” jawab Regina akur dengan kata-kata Zahnita tadi.
“Alahai.. kawan aku ni belum usaha dah patah semangat. Apa salahnya cuba? Kalau dia reject pun bukannya kau jumpa dia lagi lepas ni.” Zahnita membalas sambil menggeleng sedikit melihat wajah sayu Regina.
“Aku tak kuat, okay! Aku malu..” cebir Regina sambil mengerling lagi lelaki itu. Iqmal dilihatnya sudah berjalan ke arah hadapan dewan.
“Kau tunggu sini! Biar aku try cakap dengan dia. Kita ajak dia keluar hujung minggu ni,” ucap Zahnita bersungguh. Tanpa menunggu balasan dua sahabatnya itu Zahnita terus berlari anak mengejar langkah Iqmal. Berderau darah Regina melihat keberanian Zahnita. Ariya pula tidak mampu berkata apa selain daripada memandang sahaja dengan seribu debaran memalu dada. Dah macam dia pulak yang syok dengan si Iqmal itu.
Dua gadis itu berdiri sahaja memerhatikan Zahnita yang sedang menahan langkah Iqmal. Buat seketika dua manusia itu berbual berdua. Iqmal dilihat mereka senang hati melayan perbualan dengan Zahnita. Lebih seminit kemudian Zahnita mula kembali kepada mereka berdua, membuatkan mereka berdua semakin tidak sabar menunggu jawapan Iqmal yang dibawal oleh Zahnita.
“Dapat tak? Dia cakap apa?” tanya Ariya cukup teruja. Terujanya melebihi si Regina yang jantungnya sudah berdegup tidak terkawal.
Zahnita mencebik sahaja saat berdiri di hadapan dua sahabatnya itu. Dia menoleh ke belakang untuk mencari kelibat Iqmal. Namun tiada! Melihat mimik wajah Zahnita begitu wajah Regina mula berubah. Wajahnya mula terasa hangat oleh telahannya sendiri. Pasti Iqmal menolak.
Namun seketika kemudian Zahnita tersenyum kepada mereka berdua. “Dapatlah! Dia setuju. Hari Ahad ni kita jumpa kat The Mall,” ucap Zahnita dengan senyum lebarnya. “Pucat kaukan, Gina?” usik Zahnita dengan pandangan ekor mata kepada Regina.
“Fuh! Mau tak pucat kau? Malu kalau dia reject wei!” ucap Regina sambil melepaskan nafas kelegaan.
“Aku tolong sampai sini aja tau? Yang lain tu pandai-pandai kaulah mengayat dia sendiri,” ucap Zahnita selamba.
“Iyalah.. ni yang aku sayang lebih kat kau, Nita. Kau cakap dengan aku apa kau nak? Aku akan bagi!” ucap Regina bersungguh. Terus tubuh Zahnita dipeluknya.
“Aku cuma nak tengok kau happy dengan lelaki yang kau suka. Itu aja,” jawab Zahnita biasa di sebalik pelukan itu.
Pelukan itu terus diuraikan Regina. Wajah sahabatnya itu dipandangnya dengan senyum tertahan dek rasa terharu. “Kau doakan.. Insya-Allah aku akan happy, beb! Kau memang sahabat aku yang paling baik! Aku sayang kau, Nita. Dunia akhirat!” jawab Regina bersungguh.
“Wei! Dahlah tu.. jangan nak buat plot samarenda kat sini boleh tak? Macamlah esok Gina dah nak kahwin dengan mamat tu. Baru nak keluar dating aja kut! Aku tengok kau orang macam ni aku rasa macam nak panggil pasukan kompang pulak ni,” celah Ariya yang memandang gelagat dua sahabatnya itu.
“Kau boleh tutup mulut longkang kau tu kejap tak, Ary? Kacau mood aja dengar suara kau tu. Aku tengah terharu ni,” jawab Regina sambil menjeling.
“Kut ya pun kontrol sikit gaya tu. Jangan nak pelahap sangat!” perli Ariya selamba.
“Okay.. okay.. perempuan Melayu wajib kena sopan-sopankan? Aku kontrol ayu sekarang,” ucap Regina lantas menarik nafas untuk mengawal keterujaan terlampaunya itu.
“Chop! Chop!” Ariya mengangkat kedua-dua belah tangannya dengan muka serius. “Aku nak tanya sikit.. kau memang betul Melayu ke, Gina? Kami memang Melayu sebab kami mak ayah memang Melayu. Tapi kau aku rasa tak macam tu sebab kau tu mix. Untuk anak yang mix macam kau ni, bangsa kebiasaannya kita akan ikut ayahkan? Itu setahu akulah.. jadi rasanya kau bukan Melayu. Kau Pakistani sebab arwah ayah kau memang Pakistan tulen.” Dengan cukup selamba ucapan itu dilontarkan Ariya kepada Regina.
Zahnita terus menekup mulutnya dan berlalu dari situ. “Sorry.. aku tak campur kalau bab-bab bangsa ni. Aku blah dulu!” Sempat juga kata-kata itu diberikan kepada dua orang sahabatnya itu. Tidak sanggup dia mahu melihat wajah Regina yang sudah berubah merah.
Ariya tergelak lantas mengekori Zahnita. Takut kalau dia menunggu lagi di koridor itu dia akan dibaham oleh Regina dengan kejam.
“Aku memang pantang betul dengan soalan kau tu tadi, Ary! Memang pantang sepantang-pantangnya! Kau sebut lagi pasal Pakistani tu.. aku sepak kau sampai koma. Sumpah aku akan sepak kau! Lebih baik kau tarik balik kenyataan kau tu,” ujar Regina sedikit meninggi dari arah belakang.

Ariya dan Zahnita terhinggut-hinggut menahan tawa. Bukannya mereka tidak tahu Regina memang tidak suka sesiapa mengatakan dia orang Pakistan. Dia tetap nak mengaku dia Melayu walaupun ayah dia memang Pakistan tulen setulen-tulennya. Arwah ayah dia memang Pakistan jual karpet! Itu dululah.. sekarang perniagaan itu sudah diwarisi oleh emaknya dan keluarga Regina sudah kaya raya dengan perniagaan berkembang pesat.
Tanpa sedar.. gelagat gadis-gadis itu terus disaksikan lelaki itu di sebalik tempat dia berlindung. Bibirnya tersenyum entah kenapa memandang salah seorangnya. Seorang gadis berkulit cerah, berhidung mancung dan rambut panjangnya diikat satu seperti ekor kuda. 
Cantik.. dia sering memandang dari jauh. Tapi nama gadis itu dia tidak tahu. Harap-harap nanti dia boleh berkenalan dengan gerangan gadis itu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan