Dulu..
Derai tawa dua gadis itu menarik perhatian Regina. Dia
menoleh mencari wajah dua sahabatnya. Melihat Zahnita dan Ariya enak mengejek
seorang pelajar tingkatan 3 yang melintasi mereka, dia sekadar tersenyum kecil
dengan gelagat nakal dua temannya itu. Sikap suka mengusik Zahnita dan Ariya
memang sudah diketahuinya semenjak awal perkenalan mereka. Sudah masak benar!
“Kau nampak tak apa yang kami nampak tadi, Gina?” soal Ariya
sambil tergelak lagi. Masih lagi tidak puas menghiburkan diri dengan gelagat
orang sekeliling mereka. Apa yang dirasakan lucu benar itu mahu dikongsikan
dengan Regina yang masih berwajah selamba.
“Manalah aku nampak apa yang kau nampak kalau dah mata
kau tengok. Mata aku ni tak setajam mata kau kalau bab mengenakan orang.” Regina
menjawab meleret sambil mengerling Ariya. Perhatiannya masih diteruskan kepada
majalah di hadapannya. Melayan artikel mengenai penyakit kanser payudara di
majalah itu lebih seronok daripada melayan kenakalan dua sahabatnya itu. Suka
benar mengusik orang!
“Budak lelaki tadi tu tak zip seluar, kau tahu? Tak
senonoh betul!” meledak lagi tawa dua teman Regina itu. Mendengar itu dia
sendiri tidak mampu menahan diri daripada tergelak sama. Riuh rendah kawasan
Serambi Ilmu itu dengan gelak tawa mereka bertiga. Sehingga beberapa pelajar
lelaki yang sedang menjamu selera di kantin tidak jauh dari mereka mula
menoleh.
“Mana? Mana budak tu?” kali ini mata Regina ikut
terbuntang mencari semula pelajar tadi.
“Dia dah blah. Kau tulah.. lambat pick up! Rugi tau!”
ujar Ariya becok.
“Seronoklah korang dapat tengok free show? Tajam betul
mata kau kan, Ary? Sampai zip seluar orang pun kau perhatikan jugak,” ujar
Regina sambil menggeleng sendiri.
“Kalau dah terlopong macam tu, aku tengoklah! Siapa
suruh? Aku memang pantang kalau bab-bab macam ni,” balas Ariya selamba.
“Bab apa yang kau pantang tu? Bab budak tu terlupa zip
seluar dia ke atau kau pantang tengok zip seluar orang terbukak? Gatal mata
kaukan, Ary?” selar Regina pantas. Kata-katanya membuatkan Zahnita tergelak
besar.
“Diakan mata empat, Gina. Tang zip terbukak tu memang dia cepat sikit. Tang budak tu terlupa
dia tak kisah pun,” tambah Zahnita pula dalam pada dia mengerling temannya itu.
Bibirnya tersenyum meleret kepada Ariya yang sudah berubah mimik wajahnya.
“Aik? Ada mangkuk tu lepaskan tengkok sendiri nampak?
Bukan kau ke yang nampak dulu ke, Nita? Kaukan yang tunjukkan pada aku tadi?
Aku pulak yang kena. Ni khianat kawan sendiri namanya! Makan sama-sama. Tapi
yang kena kemas aku sorang.” Ariya segera membidas sambil mengangkat sebelah
keningnya kepada Zahnita. Tak puas hatilah tu..
“Eee.. takde masa aku nak tengok benda alah macam tu. Aku
tengok sikit aja tau!”
“Sikit ke banyak ke, yang penting tengok jugakkan? Amboi..
yang gatal aku sorang aja ke?” kutuk Ariya enggan kalah kepada tuduhan Zahnita.
“Ah! Perangai kau lagilah buruk!” Zahnita juga tidak mahu
mengalah.
“Ah! Sudah! Sudah! Sama jelah kau orang berdua tu! Tak
payah nak salah menyalah. Siapa yang mulakan tak penting. Yang penting dua-dua
sama merasa tengok sekali! Sama-sama miang!” getus Regina pantas mencelah
enggan membiarkan dua manusia itu berbalah pula. Serentak itu dia menggeleng
melihat dua sahabatnya itu saling menghantar pandangan seolah-olah masih tidak
berpuas hati.
Terbeliak mata Ariya melihat Zahnita sengaja mengangkat
ibu jari kepadanya saat Regina tidak memandang mereka berdua. “Kau saja je
kan?” getusnya geram.
Zahnita terus buat muka selamba sambil menjulingkan
matanya ke atas. Puas hatinya!
“Kau orang nak aku bagi kau orang berdua kapak dengan
parang ke? Dah berbunuh berdua nanti baru puas hati? Aku hantuk kepala kau
orang berdua karang..” ucap Regina tanpa
memandang mereka berdua. Walaupun tidak memandang tidak bermakna dia tidak tahu
apa yang dilakukan oleh kedua-dua sahabatnya itu.
Mendengar itu Zahnita segera memaniskan wajahnya kepada Ariya
yang sudah mencuka. “Sorry, aku main-main aja. Janganlah ambil hati, Ary. Kau sayang
akukan?” ucapnya sambil menyeringai.
“Hmm.. dah takdir aku dapat kawan perangai buruk macam
kau. Nak buat macamana? Terima ajalah kenyataan. Tak payah nak sorry sangatlah.
Esok kau buat balik. Mesti punya..” jawab Ariya selamba.
Berubah lagi wajah Zahnita. “Kau tengok, Gina. Dia memang
sengaja nak sakitkan hati aku! Aku dah minta maaf, okay!” Zahnita membentak
geram.
Regina hanya mampu menggeleng sambil tersenyum. Malas
mahu komen apa-apa kerana dia tahu biar betapa besar pun perang antara mereka,
hubungan akrab mereka tidak akan tergugah sampai mati!
Seketika kemudian sekali lagi perhatian Regina kepada
majalah di hadapannya tergugah apabila dia disiku Zahnita yang duduk di
sisinya. Apabila dia menoleh dia melihat Zahnita mengisyaratkan agar dia
memandang ke satu arah. Kelibat pelajar tingkatan 6 Atas 1 terhias di matanya.
“Alamak! Jejaka pujaan aku. Ah! Kenapa kau lambat
bagitahu aku? Aduh! Janganlah sampai dia nampak aku selekeh macam ni,” getus
Regina lantas membela rambutnya sekemas-kemas yang mungkin. Baju kurungnya
dibetulkan seelok-eloknya. Zahnita dan Ariya pada mulanya memandang lelaki bernama
Norman Iqmal itu. Namun melihat gelagat kelamb kabut Regina, mereka berdua
hampir terlopong.
“Aku ingat tadi kau cakap Ary gatal. Rupanya kau lagi
teruk dari dia bila nampak abang senior tu,” ucap Zahnita terpaku memandang perubahan
Regina.
“Ah! Aku gatal sebab aku suka kat dia. Kau mana faham,” jawab
Regina selamba.
Zahnita dan Ariya terpaku. Sampai macam tu sekali? Memang
Regina dah kronik macam ni..
“Aduh.. hensemnya Iqmal tu. Kalau aku dapat sumpah aku tak
cari yang lain,” keluh Regina sambil memandang Iqmal lama. Matanya tidak
terkalih langsung. Pandangan dua sahabatnya itu juga tidak dihairankan.
“Sabar, Gina. Sabar! Kami tahu kau memang syok habis kat
dia tu..”
“Aku dah tak boleh nak sabar dah ni, Ary. Aku memang dah
lama suka kat dia. Dia aja yang buat tak layan kat aku. Ikutkan hati aku nak
aja aku culik dia bawak lari pergi Siam,” jawab Regina cukup miang.
“Muka tu kontrol sikit. Dah kau tu dah seiras dengan muka
perogol bersiri. Kalau aku yang jadi Iqmal tu. Memang aku dah report polis,”
ucap Ariya. Belakang Regina diusapnya sambil tergelak kecil.
Regina terus menoleh kepada temannya itu. “Kau pernah
terserempak dengan perogol bersiri ke? Mana kau tahu muka aku seiras dengan
perogol bersiri? Tak menghargai mulut betul kau nikan?” getus Regina geram
dengan jenaka Ariya.
“Sebab bila aku tengok muka kau tu.. aku pun rasa nak
lari. Muka perempuan gatal! Geli aku!” Terus meledak tawa dua gadis itu. Namun
Regina yang tidak terasa mahu ketawa segera menjeling Ariya sebal. Saat dia
memandang lagi ke arah Iqmal berada, lelaki itu tidak lagi terhias pada
pandangan matanya.
“Aik? Mana bakal suami aku tu pergi?” ucap Regina mula
memanjang leher mencari semula kelibat lelaki itu. Zahnita ikut tolong mencari.
Namun mereka kehampaan.
“Aku tak puas lagi tengok dia.. dia dah blah! Ni semua
kau punya pasal!” tukas Regina lantas menolak bahu Ariya.
Ariya terpinga-pinga sedikit memandang Zahnita. “Penyakit
gatal kau tu yang tak sembuh-sembuh, aku pulak yang kau salahkan. Terlebih hormonlah
kau ni, Gina!” balasnya sambil menggeleng. Meledak lagi tawa Zahnita.
“Tak sayang mulut kaukan, Ary? Pandai aja kau pasal
hormon ni semuakan?” ucap Regina sambil mencubit pinggang Ariya. Ada ke aku
dikatanya terlebih hormon. Dah hati ni yang nak tersuka kat mamat tu. Nak buat
macamana? getus hati Regina sendiri.
“Kenapa kau tak ngorat aja, Iqmal tu?” ucap Zahnita biasa.
Wajah temannya itu dipandang dengan sedikit senyuman.
“Eee.. kau ingat aku berani sangat ke? Malulah!” ucap
Regina pantas.
“Takut kau melepas kalau tak bertindak sekarang. Kita dah
nak exam hujung tahun ni. Lepas ni kita dah tak sekolah sini lagi. Macamana kau
nak jumpa dia lagi lepas kita dah habis sekolah?” ucap Ariya pula.
“Betul tu..” sambut Zahnita cepat.
Regina menoleh kepada Ariya. “Eee.. manalah aku tahu. Seganlah
aku, Ary. Buatnya dia buat tak layan aja kat aku, macamana aku nak cover malu
aku tu nanti?”
“Macamana apa lagi? Ambik buku.. tutup muka! Habis cerita.
Tak pun kau buat-buatlah kena sawan. Lepas tu suruh mama kau bawak pergi jumpa
doktor. Nanti doktor bagilah surat suruh kau berhenti sekolah aja sebab
penyakit gatal kat Iqmal kau tu dah kronik,” jawab Ariya selamba.
Mencuka wajah Regina memandang temannya itu. Orang tengah
terdera ni.. dia boleh main-main pulak! Zahnita sedaya-upaya menekup mulutnya
untuk menahan gelak daripada terburai.
“Aku rasa macam nak sepak-sepak aja mulut kau ni, Ary!” ucap
Regina bengang.
“Kau tanya aku? Manalah aku tahu, Gina..” Ariya hanya
terdaya menjawab begitu sambil menyeringai kepada sahabatnya itu.
“Malas aku nak layan kau. Baik aku balik kelas lagi ada faedah..”
ucap Regina selamba. Majalah di hadapannya itu terus ditutupnya.
“Alah.. marah ke, beb? Aku main-main jelah..”
“Tak marah. Rasa macam nak siat-siat kulit kau aja!” getus
Regina selamba.
“Relaxlah.. takkan dah nak blah kut?” pujuk Ariya sambil
menarik tangan Regina.
“Wei! Dah nak habis waktu rehat. Kau nak relax apa lagi
kat sini?” terjegil mata Regina sambil menunjukkan jam di pergelangan tangannya
itu.
“Eh! Ye ke? Aku ingat kau marah aku..” tersengih-sengih
Ariya bangun dari situ.
“Buang masa aja aku marah kau. Esok kau menempel lagi kat
aku dengan muka sebal kau tu,” jawab Regina selamba.
Zahnita tersenyum sahaja memandang gelagat dua temannya
itu. Namun mereka akhirnya meninggalkan kawasan itu seiringan tanda kekocakan
tadi tidak mampu mengeruhkan hubungan akrab mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan