Shhtt.. ada orang sedang berjiwang.

Rabu, 11 Disember 2013

Bab 14 SI KOLOT SUAMI KU

Dengan hati penuh keterpaksaan Edrina mengemas juga bajunya masuk ke dalam gobok lama itu. hatinya menjerit menangis melihat baju-baju berjenamanya terpaksa di sumbat ke dalam gobok buruk itu. Tidak sesuai langsung!
Bilik itu pula semakin lama semakin membahang. Langsung tiada kipas walaupun sekadar kipas meja. meleleh-leleh keringatnya. Takpelah, Edrina. Sekurang-kurangnya dia tak perlu ke sauna lagi sebab bilik itu pun dah macam dalam sauna panasnya. Tapi sepanas-panas tubuhnya, panas lagi hatinya kala itu.
“Laki buruk! Rumah buruk! Bilik air buruk! Gobok buruk! Lori dia dahlah memang buruk! Motor dia pun buruk! Semua buruk!” bebelnya sendiri dalam padanya dia bersimpuh di atas lantai kayu itu. geram punya pasal baju itu disumbat kasar ke dalam gobok itu.
Sedar tidak sedar sudah tengahari rupanya..
“Aku nak pergi beli barang kat kedai. Nak ikut?” soal Kudin sambil menjenguk Edrina di dalam bilik itu.
Edrina terus menggeleng tanpa memandang. Kudin memerhatikan gelagat Edrina seketika. Namun melihat isterinya sudah lencun dek peluh tiba-tiba dia merasa kasihan. Dia bolehlah berlenggeng sahaja tanpa baju bila cuaca tengah panas begini. Edrina takkan nak berlenggeng juga sama macam dia? harus tak berkerja dia nanti, asyik nak duduk rumah aja. Tak boleh jadi!
Tanpa meminta izin Kudin masuk ke dalam bilik itu. Dia duduk di belakang Edrina yang sedang mencuka.
“Nanti aku belikan kipas ya?” ucap Kudin lembut tanda mahu memujuk.
Edrina diam tidak menjawab.
“Mula-mula tak biasa, memang kau tak suka duduk sini, Rina. Nanti lama-lama kau akan terbiasa, kau takkan kisah biarpun sekeliling kau tak sama macam keadaan rumah kau di KL sana,” ucap Kudin sambil memandang isterinya itu dari arah belakang.
“Aku kahwin dengan kau sebab aku nak kau uruskan Semarak Holding. Kenapa kau tak tak mahu masuk Semarak Holding?” ucap Edrina sambil menoleh separuh kepada Kudin.
Kudin menghela nafas perlahan. “Aku ada kehidupan aku di sini,” jawab Kudin rendah.
“Kehidupan kau! Kehidupan aku macamana?” bentak Edrina tidak mampu menerima alasan Kudin. Baju di tangannya dicampak ke hadapan. Sebal benar perasaannya dengan pendirian Kudin.
“Di mana-mana pun sama aja, Edrina.”
“Kenapa kau tak cakap macam tu pada diri kau sendiri? Kau tahukan aku tak suka duduk di kampung?” balas Edrina kasar.
“Tempat kau dengan aku, Rina. Sebab kau isteri aku. Di mana aku putuskan kita berada di situlah kau kena berdiam. Aku tak mahu diterima hanya bila aku dah jadi orang KL. Hakikatnya orang KL atau orang kampung, semuanya sama aja. Tanggungjawab sebagai suami sama aja walaupun aku bukan orang hebat, Rina! Dan kewajipan kau pulak ialah taat pada aku sebagai suami. Walaupun aku ni sekadar lelaki kampung yang kolot pada mata kau!” ucap Kudin serius.
“Macamana aku nak taat kalau semua benda yang ada depan mata aku, aku tak suka? Termasuklah kau!” cabar Edrina berani.
Kudin memandang tajam isterinya itu. Hati mana yang tidak punah mendengar isteri berkata begitu sewenang-wenangnya kepada dia? Tetapi lelaki seperti dia tidak senang menaikkan tangan kepada seorang wanita walaupun wanita itu suka mencabar ego lelakinya.
“Apa yang patut aku buat supaya kau tak terus keras kepala macam ni?” suara Kudin mula berubah tajam.
“Aku nak kita pindah ke KL! Aku tak suka kampung kau ni,” jawab Edrina lancang.
“Kau tak suka sebab kau tak pernah nak berasa syukur dengan apa yang ada di sekeliling kau. Ingatlah.. seteruk-teruk keadaan kita sekarang, ramai lagi kat luar tu merempat takde rumah.. takde makan!” getus Kudin lantas bangun daripada situ. Melayan Edrina hanya membuatkan hatinya semakin sakit. Susah bercakap dengan orang degil ni!
Edrina mencebik. Herot berot mulutnya mengajuk kata-kata suaminya itu.

Lewat petang itu..
“Pergilah mandi. Dah petang benar ni. Takkan nak berkurung aja dalam bilik?” tegur Kudin melalui pintu bilik itu. Edrina dilihatnya sedang melayan rajuk di atas katil semenjak tengahari tadi. Makan pun tak mahu.
Lambat-lambat Edrina bangun. Kudin yang sedang memandang dijelingnya. Kudin hanya mampu menggeleng sendiri. “Tak habis-habis nak buat perangai keras kepala.” Kudin membebel kepada isterinya itu.
“Biarlah!” getus Edrina sebal.
Kudin menggeleng lagi sambil menghalakan kaki ke dapur. Dapur kayu sudah mula berasap. Kena beli dapur gas jugak ni. Karang terbakar pulak kulit bini aku kena bara api ni.. detik hatinya sendiri. Kudin tidak memandang tatkala Edrina melangkah keluar menuju ke tempat mandi di belakang rumah itu. Dia sibuk menenggek nasi untuk makan malam mereka nanti.
Sedang dia sibuk di dapur itu terdengar jeritan Edrina memanggilnya.
“Kudin!!! Woi! Sinilah..” begitulah bunyinya si isteri memanggil seorang suami. Langsung tak terfikir dia.. buatnya dia terjatuh dalam perigi itu tanpa sempat meminta ampun, alamat dialah yang jadi hantu pertama berlegar di kawasan perkuburan terdekat itu untuk mencari si Kudin.
“Apa?” ucap Kudin sambil menyarung selipar menuju ke arah tempat mandi itu.
“Macamana nak mandi ni?” soal Edrina sambil menjengukkan kepalanya di sebalik tirau yang melindungi pintu masuk ke kawasan perigi itu.
“Mandi ajalah!” jawab Kudin.
“Macamana?” semakin meninggi suara Edrina kala itu.
Kudin terdiam seketika. Terlupa pula Edrina yang masih sementah anak jagung tentang hal ehwal hidup di kampung. Manalah dia tahu cara nak mencedok air perigi itu. dahlah airnya agak tohor.
“Bagi aku masuk,” ucap Kudin cuba menyelak tirai kain yang sudah berlubang-lubang sedikit itu.
“Eh! Nak masuk buat apa? Tak payah..”
“Okay.. kalau macam tu mandi ajalah macam biasa!” sambut Kudin selamba. Orang nak ajarkan sombong pulak.
“Manalah aku pandai! Rumah apa entah macam ni. Paip air pun takde. Malulah mandi kat luar macam ni. Kalau orang mengintai macamana?” marah Edrina geram dari arah dalam.
“Takde siapa kat sini nak mengintai kau.” Kudin membalas bersungguh. “Marilah aku ajarkan. Salah hemat karang terjun pulak dalam perigi tu,” ucap Kudin cuba membuka tirai penutup kawasan mandi itu. Namun Edrina di dalam menghalang lagi.
“Kau cakap ajalah dari situ macamana nak buat. Takkan nak masuk kut?”
Kudin menghela nafas perlahan. “Takde salahnya aku masuk. Tak aurat! Tak berdosa!” tekan Kudin sudah hilang sabar. “Cepatlah! Dah nak maghrib ni. Nanti suasana dah gelap, lagi kau takut,” desak Kudin.
“Malulah..” suara Edrina rendah tiba-tiba.
“Apa nak malunya? Kau bukak habis semua ke?” soal Kudin. Ha... itu memang aku suka, ucap Kudin nakal. Tapi dalam hati ajalah. Takut nanti dia yang ditolak masuk ke dalam perigi kalau dia mengucapkannya di mulut.
Edrina terdiam seketika. Dah nama pun nak mandi.. buanglah semua!
“Ada kain basahan kat tepi tu. Pakailah dulu..” ucap Kudin lembut. Kalau aku yang tengok okaylah jugak. Buatnya orang lain yang mengintai? Nangis aku nanti.. hati Kudin bercakap sendiri.
Kudin menanti seketika sehinggalah Edrina mula membuka tirai itu tanda membenarkan lelaki itu masuk. Seperti biasa.. wajah Edrina masam mencuka memandang dia.
“Okay.. kau mandi. Aku cedokkan air.” Kudin terus memberikan arahan.
Mahu tidak mahu Edrina akur juga walaupun segannya dia kepada Kudin benar-benar tidak terucap. Lelaki itu mencedokkan air, mencurahkan kepadanya. Atau dalam erti kata lain.. dia dimandikan dek si Kudin. Satu hari dalam sejarah dia dimandikan orang dalam pada usianya sudah setua ini!
Si Kudin dengan penuh senang hati menyanyi-nyanyi kecil tatkala menyiramkan air ke badan isterinya. Lagunya memang sesuai benar dengan keadaan mereka waktu itu.. Cinta Sabun Mandi.
Aduh.. Nyai.. Dengarkanlah..
cinta ku tulus dan suci.. Sama Nyai..
Dengan sepenuh perasaan Kudin melagukan irama bersama lirik itu sambil menyiram isterinya yang duduk bertinggung di hadapannya.
Kalau kaca bisa pecah..
Kayu juga bisa patah..
Tapi cinta ku ke Nyai..
Tak akan bisa berubah
Sampai tua cinta ku tak akan musnah..
Cinta ku kepada Nyai
Tak seperti sabun mandi
Pabila habis dipakai
Makin habis kurang wangi..
Percayalah cinta ku suci ke Nyai..
Edrina yang mendengar rasa mahu termuntah. Bertambah loya lagi irama dangdut yang berlagu di bibir Kudin. Takde lagu lain ke? Kolot! Nyai! Nyai! Siapa kau punya Nyai? Detik hatinya sendiri. Memang selera mereka bak langit dan bumi berbezanya.
“Okay.. sekarang kita bersabun!” arah Kudin penuh senang hati. Sabun Lux yang baru dibukanya tengahari tadi dilumurkan di tangan. Kemudian dengan selambanya buih tangannya itu dilumurkan pula ke badan Edrina.
“Hey! Kau cedokkan air aja. Aku boleh sabun sendirilah!” ucap Edrina dengan muka sudah merah padam. Memalukan betul!
“Oh.. okay! Aku cuma nak tolong aja,” ucap Kudin polos.
Edrina menjeling sebal. Tidak senang betul dia melihat Kudin memerhatikan dia bersabun bagai. “Kau boleh pandang tempat lain tak?” ucapnya sudah tidak tertahan.
“Kenapa pulak?” jawab Kudin sedikit lugu.
“Aku malu!”
Kudin akur. Dia berpaling ke arah lain sementara menunggu Edrina habis bersabun. Setelah itu dia kembali mencedokkan air perigi untuk Edrina. Sambil bersiram itu telinga Edrina mendengar lagi Kudin menyanyi riang di belakangnya.
Ku jual baju celana
Itu semua demi Nyai
Aku kerja jadi kuli
Demi Nyai..
Walaupun Madona cantik
Merlyn Monroe juga cantik
Tetapi bagi ku lebih cantik Nyai..
Aku rela korban harta demi Nyai..
Aku reka korban nyawa demi Nyai..
“Kau boleh diam tak? Aku geli dengar lagu kau tu!” bentak Edrina sambil menoleh kepada lelaki itu.
Terkebil-kebil Kudin memandang isterinya itu. “Apa salahnya. Aku nyanyi untuk kau,” jawab Kudin lugu.
“Eeee.. menyampahlah! Ada aku suruh kau nyanyi untuk aku? Siapa Nyai? Nama aku Edrina!” bentak Edrina semakin sebal. Hilang sudah mood dia mahu mandi. Terus dia bangun.
“Eh! Dah ke? Tak payah shampoo?” tanya Kudin dengan mata terkebil-kebil memandang Edrina.
Edrina hanya diam dengan wajah mencuka. Tuala terus dibaluti kepada tubuhnya. Melihat Kudin masih memandangnya darahnya semakin mendidih.
“Keluarlah! Kau nak tengok aku salin kain ni ke?” herdiknya sebal.
Kudin meletakkan timba besi itu di tepi. “Nyanyi sikit aja pun nak marah..” cebir Kudin.
“Lagu kau tu lagu orang gatal. Benci aku dengar!” pantas sahaja Edrina menjawab. Lelaki itu dijelingnya entah untuk ke berapa puluh kalinya.
“Aku suka lagu tu. Sedap apa?”
“Keluar! Keluar! Kau buat aku makin benci dengan kaulah, Kudin.”

“Yalah..” Kudin akhirnya keluar juga. Orang dah tolong.. dia tengking kita balik pulak, ucap Kudin dalam hati. Sabar ajalah, Kudin. Nak buat macamana. Bini tak suka dangdut!

1 ulasan: