Shhtt.. ada orang sedang berjiwang.

Ahad, 22 Disember 2013

Bab 26-27 Si KOLOT SUAMI KU

26
“Hi! Dia ni.. habis basahlah!”
“Mandi memanglah kena basah. Orang yang mandi tak basah ni orang yang tengah angau je.” Suara lelaki itu kedengaran teralun bersama tawa nakalnya dari dalam kawasan mandi itu.
“Loyar buruk pulak!” getus Edrina sebal. Tangan Kudin yang mahu menyiramnya ditepisnya lagi.
“Tak payahlah! Rina tahu mandi sendiri. Sibuk ajalah dia ni. Pergi masuk sana boleh tak?” rengus wanita itu semakin geram dengan olah suaminya itu. Menyemak aja si Kudin saat dia mahu mandi. Sedangkan lelaki itu sudah habis bersiram.
“Biarlah abang yang tolong. Rinakan takut gelap? Abang temankan!” sambut Kudin sambil tersengih.
“Nak tolong ke nak main-main ni? Nanti dah gelap.. tak nampak, abang. Bagilah gayung tu cepat! Rina nak cedok air pakai apa kalau macam ni? Kacau betullah dia ni,” keluh Edrina semakin geram dengan lelaki itu. Sengaja mahu mengusiknya lagi dalam keadaan dia mahu lekas siap. Kudin pula terus melarikan gayung itu itu daripada Edrina.
“Abang nak tolong mandikan. Biar abang cedok air.. sayang mandi.”
“Tak payahlah.. tangan Rina ni masih boleh pakai lagi. Abang nak pergi ambil mak, pergilah bersiap cepat. Rina nak mandi ni. Nanti lambat, tak sempat ke masjid! Hi! Laki siapalah yang kepochi sangat ni?” desis Edrina semakin hilang sabar dengan olah Kudin.
“Tak baik panggil abang kepochi tau. Alah.. awal lagi ni. Takpelah. Biarlah abang yang buat. Abang boleh tolong gosokkan mana yang patut,” sambut Kudin sambil menyeringai sendiri.
“Gosok apa ni?” getus Edrina meninggi.
“Mana-manalah..”
“Menjadi-jadi gatal dia ni kan? Nak kena ke?” marah Edrina.
“Nakkkk...” panjang jawapan Kudin sambil ketawa.
“Lekaslah, abang. Nyamuk banyaklah! Hi.. menaikkan darah betullah dia ni!”
“Marilah abang siramkan..”
“Tak payah! Ya Allah.. sabar ajalah aku,” getus Edrina semakin naik tone suaranya.
Mak cik Kunah yang sudah beberapa minit tiba di situ terus bungkam menelinga pertelagahan dua manusia itu. Gadis yang berdiri di sebelah wanita itu mula menekup mulut entah kenapa. Dadanya berombak ganas mendengar dialog demi dialog dari dalam kawasan mandian itu. Mesra benar sehingga menyakitkan sampai ke perdu hatinya.
Macam ini perangai anak aku dengan bini dia rupanya? Barulah aku tahu.. boleh tahan juga miang si Kudin ni. Sampai bini dia pun dia sibuk nak mandikan. Nak tolong gosokkan pulak lagi tu. Entah kat mana di gosoknya tu karang.. bisik hati wanita tua itu sambil menggeleng sendiri.
“Kudin oi! Kau dah takde kerja lain ke selain daripada mengacau bini kau nak mandi tu? Tak ingat nak sembahyang maghrib? Kau ingat maghrib tu 10 jam?” sergah Mak cik Kunah dari luar itu.
Kudin tersentap! Gayung di tangannya terlepas serta merta. Edrina terus menoleh ke belakang. Alah.. macamlah dia nampak muka emak mertuanya melalui zink berkarat itu.
“Mak ke yang bercakap tadi tu?” tanya Kudin dengan muka pucat. Macamana emaknya boleh ada di sini?
“Habis tu takkanlah hantu pulak? Pergilah tengok cepat!” desis Edrina separuh berbisik. Dia yakin memang emak mertuanya. Tetapi yang memelikkan bagaimana wanita itu boleh ada di sini sebelum Kudin pergi menjemputnya?
Sementara Kudin menyalin kain basahannya, Edrina menjengukkan kepala ke luar. Dia terlihat sebatang tubuh seorang perempuan berbual dengan mak cik Kunah tidak jauh daripada pintu dapur. Rasanya dia macam kenal manusia itu. Lisa! Apahal minah tu menyemak kat sini pulak? Nak usha laki aku lagilah tu.. getus hati Edrina tidak senang.
“Mak datang dengan siapa?” tanya Kudin sebaik sahaja dia menemui emaknya itu.
“Mak tumpang Lisa ni ha! Dia yang sukarela nak hantarkan mak ke sini. Mak setuju ajalah. Jadi tak payahlah kau susah-susah ambil mak lagi. Kau tu nak ke masjid lagi sekejap lagi,” ucap Mak cik Kunah sambil mengerling Lisa di sisinya.
Kudin hanya memandang Lisa sekilas. Gadis itu sedang merenungnya.
“Patutlah mak bagi salam takde orang jawab. Rupanya tengah bercengkerama sambil mandi ya? Bukan main lagi kamukan? Terjerit-jerit si Rina tu marahkan kamu, kamu buaat pekak aja. Kudin.. Kudin..” menggeleng Mak cik Kunah melihat anak lelakinya itu.
“Gurau menbawa bahagia, mak..” ucap Kudin sambil menyengih di hadapan emaknya itu.
“Banyaklah loyar buruk kamu! Terjerit-jerit maghrib begini, ingat elok benarlah tu. Sampuk dek setan baru kamu berdua tahu,” bebel wanita itu tua itu.
Lisa tersenyum sendiri di belakang Mak cik Kunah. Takkan mak cik tak tahu menantu mak cik tu memang buruk perangainya? Bisik hatinya seronok mendengar bebelan wanita itu.
“Marilah masuk, mak. Nyamuk dah banyak ni,” ucap Kudin lembut. Namun nama Lisa tidak disebut Kudin. Nak ajak masuk ke? Tak payahlah kut. Karang ada yang bertarik rambut denga bini aku kat depan mak aku. Dia ni pun tak reti-reti nak balik ke? Dah hantar mak aku.. pergilah balik, bisik hati Kudin tidak senang.
Lisa dengan muka toyanya mengekori Mak cik Kunah. Dia tahu.. selagi wujud wanita itu di rumah ini, Edrina tidak akan berani mengapa-apakannya. Kudin pula terus masuk ke bilik untuk berpakaian.
Lisa duduk di ruang tamu itu membelek segala barangan yang ada. Hmm.. rumah dari luar macam buruk aja. Dalam dah macam kondo mewahnya. Hebat! Pandai betina tu menghabiskan duit Abang Kudin.. hatinya terus memberi komen tentang persekitaran ruang tamu itu.
Edrina yang baru selesai mandi bertembung dengan emak mertuanya di dapur. “Mak nak buat apa tu?” tanya Edrina hairan.
“Mak nak masak air ni. Nak buat air.”
“Mak datang dengan siapa?”
“Lisa hantarkan mak tadi. Eh! pergi naik lekas. Maghrib dah tak banyak ni. Karang kita sambung berborak,” jawab Mak cik Kunah.
Edrina mula mengatur langkah ke atas. Matanya sempat memandang Lisa yang sedang tercongok di ruang tamu. Terkejut dia melihat Lisa ada di situ. Sangkanya Lisa sudah pulang. Lisa menoleh sebaik sahaja perasan kelibat seseorang tidak jauh daripadanya. Bibirnya tersenyum entah kenapa sebaik sahaja pandangan mata mereka berpadu. Namun di mata Edrina senyuman itu kelihatan seperti sedang mengejeknya. Gaya Lisa duduk di ruang tamu itu dah macam tetamu istimewa sahaja.
Kurang ajar kau betina. Senanglah hati kaukan? Mak mentua aku ada sini.. desis hati Edrina semakin bengkak. Sakit mata memandang wajah itu, Edrina terus masuk ke dalam bilik. Suaminya kelihatan sedang menyarungkan baju Melayu ke tubuhnya.
“Abang nak pergi masjid ni. Rina duduk dengan mak ya?” ucap Kudin sambil memandang isterinya melalui cermin.
“Dengan mak dengan Lisa sekali!” getus Edrina tanpa memandang suaminya itu.
Kudin mula menoleh setelah telinganya menangkap nada lain macam isterinya itu. Perlahan wanita itu didekatinya. “Dia tetamu. Kita tak suka dia sangat-sangat pun, kena juga jaga hati dia. Jangan gaduh-gaduh depan mak ya? Tak elok kalau mak tahu pasal ni,” ucap Kudin lembut memujuk.
“Tak reti nak balik ke apa tu? Tak tahu ke maghrib-maghrib macam ni orang banyak benda nak buat. Ada ke orang bertandang rumah orang waktu maghrib macam ni? Tak malu betullah! Menyampah tengok muka dia. Mentang-mentanglah mak ada, dia mulalah nak action kat depan tu,” leter Edrina tetap tidak mampu memujuk sekeping hatinya kepada wanita itu.
Kudin menghela nafas perlahan. “Nanti dia baliklah tu. Dahlah! Jangan bising-bising. Nanti mak dengar. Abang pergi dulu ya?” Kudin mengucup pipi wanita itu lembut sebelum keluar daripada kamar tidurnya itu.
Edrina hanya memandang suaminya menyelak tirai bilik itu sebelum keluar. Dulu waktu takde sesiapa nak kat dia, kau tak ingin pun nak himpit dia. Sekarang bila aku dah sayang kat si Kudin.. kau pun menyemak sekali nak tarik perhatian Kudin. Memang tak boleh blah kau ni, Lisa! bebel hati Edrina terus berkisarkan wanita itu.
“Abang Kudin nak ke mana tu?” lembut sekali pertanyaan itu teralun. Edrina di dalam bilik masih mampu menangkap nada lembut ala-ala manja itu.
“Dah pakai macam ni, nak ke mana lagi? Masjidlah..” jawab Kudin biasa.
“Dah lama tak dengar abang azan kat masjid tu,” ucap Lisa lagi sambil bangun untuk menghantar Kudin ke pintu. Manis senyum yang diukir oleh gadis itu buat Kudin.
“Itukan kerja bilal? Abang ganti sekali sekala aja,” jawab Kudin. Takkan kau dah tak tahu siapa bilal kat kampung ni? Dialah yang azan.. getus hati Kudin tidak senang mahu melayan Lisa lagi. Selipar terus disarungnya tanpa memandang lagi.
“Laki aku tahu nak jaga keselamatan diri dia sendiri. Tak payah kau sibuk nak pandang dia. Tak malu ke mengada-ada dengan suami orang?”
Lisa terus menoleh ke belakang. Edrina sedang memandang tajam kepadanya dari hadapan pintu biliknya. Spontan Lisa tersenyum. Sinis dan mengejek.
“Suka hati akulah. Kenapa kau nak sakit hati pulak? Mak Abang Kudin ada kat dapur tu. Berani ke kau nak nganyang aku lagi?” balas Lisa selamba. Dia kembali mendekati tempat duduknya tadi. Dengan muka selamba dia duduk di situ.
“Kau tak reti-reti nak balik sembahyang kat rumah kau ke?” perli Edrina lagi.
“Aku uzur..” jawab Lisa sambil mencapai alat kawalan jauh tv.
Menyirap darah Edrina melihat gaya Lisa yang cukup selamba. Dah macam rumah sendiri dibuatnya. Kalau  bukan sebab emak mertuanya ada, gadis itu sudah disepaknya keluar daripada rumah itu. Menyakitkan hati!
Edrina terus turun ke dapur. Emak mertuanya rupanya sedang membancuh air untuk si Lisa. Tanpa kata dia terus ke pili air untuk berwuduk.
“Malam ni mak nak ajak Lisa makan malam dengan kita sekali. Mak ada bawak banyak lauk tu,” ujar Mak cik Kunah yang langsung tidak tahu ketegangan hubungan dua wanita itu.
Edrina menoleh kepada emak mertuanya. Renungan wanita itu dibalas dengan senyum hambar dan anggukan perlahan. Nak kata tak boleh.. dia tak berani pula. Jadi angguk ajalah walaupun hatinya rasa mahu meletup kala ini. Harap-harap dengan solat nanti hatinya tenang.

Bukan main rajin lagi si Lisa mempamirkan kerajinan dirinya membantu Mak cik Kunah di dapur. Sengaja dia mahu menunjuk yang dia adalah seorang wanita yang memang sangat sesuai dijadikan isteri nombor dua Kudin dengan kecekapan dan kriteria-kriteria yang ada pada dirinya. Kembang kuncup hidungnya melihat emak si Kudin melayan mesra dirinya. Menjadikan dia cukup selesa di rumah itu walaupun dia tahu Edrina sedang berbulu yang teramat sangat kepadanya. Peduli apa dia? yang penting.. dia nak Abang Kudin dia balik!
“Rina, bawa pinggan ni ke depan lekas.”
“Takpelah. Biar Lisa yang bawak, mak cik.” Lisa mencelah lagi. sengaja mahu meninggalkan Edrina di belakang di dalam perlumbaan menunjuk kerajinan di dapur.
Edrina hanya memandang biasa. Kau nak bawak sangat bawak pinggan tu, bawaklah perempuan! Ada aku kisah? Senanglah aku tak payah buat kerja, ucap hati Edrina sendiri. dek kerana emak mertuanya berada di kalangan mereka, hanya mulut hatinya sahaja yang lantang berkata-kata. Lidahnya terkunci seribu bahasa makian untuk si Lisa.
“Rina, ni mangkuk nasi ni bagi pada Kudin. Dah lapar dah tu agaknya..” ucap Mak cik Kunah tidak lama kemudian.
“Okay..” namun belum sempat Edrina mencapai mangkuk berisi nasi putih itu, Lisa sekali lagi mencelah peluang. Dengan muka selamba dan sedikit senyuman buat Edrina yang terkebil-kebil memandangnya, dia terus berlalu.
Edrina menjegilkan matanya kepada Lisa yang sudah berlalu. Kurang ajar kaukan? Nak tunjuk yang konon-kononnya saham kau besarlah kat rumah aku ni? kutuk hati Edrina sebal dengan gelagat Lisa.
“Ha.. apa termenung lagi tu? Jom lekas..” tegur Mak cik Kunah. Hairan dia melihat Edrina masih terpacak di dapur itu.
Sebuah senyuman palsu segera diukir Edrina. Dia membuntuti emak mertuanya ke hadapan. Lisa kelihatan sedang mencedok nasi ke dalam pinggan. Sebagai permaisuri, Edrina terus mengambil tempat di sebelah rajanya.
Kudin mengalihkan pinggan berisi nasi yang diletakkan Lisa di hadapannya kepada emaknya.
“Eh! Ini nasi kamu, Kudin. Banyak sangat ni. Tak habis mak.” Mak cik Kunah mengembalikan semula pinggan itu ke hadapan Kudin.
“Luakkan sikit. Bagi mak dulu,” ucap Kudin kepada Lisa. Lisa akur dengan permintaan Kudin. Kudin terus mengambil sebiji pinggan yang masih kosong di hadapan Lisa lalu diletakkan di hadapannya. Perbuatannya itu diperhatikan oleh Mak cik Kunah dan Lisa sendiri.
“Marilah Lisa cedokkan nasi abang,” ucap Lisa cuba mengambil semula pinggan itu.
“Takpe.. kau cedok aja nasi kau. Nasi aku biarkan. Aku boleh cedok sendiri,” ucap Kudin macam orang tidak berperasaan sahaja. Pinggan itu diambilnya semula daripada tangan Lisa. Edrina mula menoleh kepada suaminya. Serius sahaja muka Kudin. Mak cik Kunah sedari tadi terus memerhatikan anak lelakinya. Lain macam pula dilihatnya Kudin apabila beraku engkau dengan Lisa.
Lisa terpaku memandang wajah Kudin. Kecil hatinya dengan perbuatan lelaki itu.
“Rina, tuangkan nasi Abang Kudin kamu tu. Lisa, mari duduk sebelah mak cik ni,” ucap Mak cik Kunah semacam mengerti sahaja maksud di sebalik perbuatan anaknya itu.
Edrina mengangguk sahaja. Lisa menggertap bibir menahan hati mendengar arahan Mak cik Kunah. Lebih terhiris lagi apabila mendengar istilah ‘Abang Kudin kamu tu..’ yang disebut oleh wanita itu. Seolah-olah Kudin sudah bukan sesiapa lagi kepada dirinya.
Namun Lisa terpaksa akur apabila Edrina mula mencapai mangkuk nasi itu. Semakin terkebil-kebil dia memandang Edrina mengambil pinggan Kudin. Tak pula Kudin menolak apabila pinggannya diambil Edrina. Rupanya Kudin tidak mahu dia yang menuangkan nasi buat lelaki itu.
“Makan, abang..” ucap Edrina sambil menyentuh lengan lelaki itu. Tiba-tiba Kudin termenung pula dilihatnya.
Kudin sempat menoleh dengan sedikit senyuman kepada isterinya. Melihat senyuman lembut Edrina hatinya kembali tenang. Dalam diam dia bimbang.. kerana dia lihat sesuatu yang tidak seharusnya ada di dalam rumahnya saat ini!

Sangka Kudin.. ramalan Edrina.. Lisa akan pulang setelah selesai makan. Dia pun sudah tidak tahan berlakon mesra dengan Lisa di hadapan emak mertuanya. Tidak disangkanya.. Lisa itu rupanya seorang yang cukup pandai bermuka-muka apabila berhadapan  dengan Mak cik Kunah. Kesopanan tahap 7 petala langit yang dipamirkan kepada Mak cik Kunah benar-benar membuatkan nasi yang dimakan Edrina rasa mahu terjeluak semula.
Tetapi kenyataannya Lisa masih juga tiada tanda-tanda mahu beransur pulang biarpun sudah hampir jam 10 malam. Hati Edrina rasa seperti mahu meletup melihat muka selamba Lisa. Kudin sendiri sudah tidak senang duduk melihat wajah masam kelat isterinya. Bimbang wanita itu meletup juga akhirnya.
“Lisa, dah nak tengahmalam ni. Awak tak nak balik ke? Bukannya saya nak menghalau tapi paham-paham ajalah. Awak tu perempuan, seorang pulak. Jalan sepanjang ladang Abang Kudin tu sunyi,” ucap Edrina tidak lama kemudian. Dia memang sudah tidak sanggup bersabar lagi. Namun nada yang dialunkan cukup mesra sekali. Halau cara bersopanlah tu..
“Iyalah, Lisa. Takut risau pulak mak dengan apak kamu tu nanti, tengok kamu tak balik-balik,” sambut Mak cik Kunah baru teringat akan hal itu. Seronok sangat berborak dia sendiri boleh lupa akan hal itu.
Edrina terus mempamirkan senyum simpul yang paling manis setelah usulnya mendapat sokongan emak mertua. Berambus kau cepat dari rumah aku ni, betina. Jangan nak jeling-jeling laki aku lagi. Aku nak ajak laki aku masuk bilik pun susah bila kau ada sini, getus hatinya cukup tidak sabar mahu menghalau wanita itu.
Lisa tunduk seketika. “Emm.. sebenarnya Lisa memang nak balik. Tapi dah lewat macam ni. Takutlah pulak,” jawab Lisa agak rendah. Sengaja mempamirkan wajah simpatinya kepada Mak cik Kunah.
Senyum simpul Edrina tadi menghilang terus. Habis tu kau nak bermalam rumah aku pulak ke, perempuan??? Ayat propa kau tu memang memualkan! Mana ada hantu nak kacau kau, jerit hatinya sudah tidak tertahan.
Kudin buat-buat tidak dengar sahaja. Matanya terus dipusatkan ke arah tv.
Edrina memandang sebal suaminya. Dia ni tak dengar ke? Halaulah perempuan tu lekas! Getus hatinya geramkan si Kudin pula.
“Abang Kudin boleh hantarkan Lisa balik?” tanya Lisa lembut sekali.
“Emm.. macam nilah. Malam ni apa kata awak tidur aja sini, Lisa. Esok dah pagi awak baliklah. Betulkan, bang?” pintas Edrina sebelum sempat Kudin berkata apa-apa.
Kudin terus memandang isterinya. Apa ke hal pulak nak suruh dia tidur sini? Nak tidur kat mana pulak? Macama ada yang tak kena ni..
“Bolehkan, bang? Alah.. Lisa ni bukannya orang lain pun,” ucap Edrina semakin lembut. Musuh aku ajakan? Sambung Edrina sekadar dalam hati.
“Elok jugaklah tu, Kudin. Tak payahlah kamu susah-susah nak hantar si Lisa ni. Biar dia balik sendiri aja esok pagi aja. Malam ni biar dia tidur sini.” Mak cik Kunah terus menyampuk setuju dengan cadangan menantunya.
Kudin menelan liur sendiri sambil memandang emaknya. Emaknya memang tidak perasan langsung lakonan isterinya dan si Lisa itu. Dia yang memerhati sahaja sudah tidak sedap hati.
“Emm.. nak tidur kat mana? Bukannya ada bilik lain dalam rumah ni,” ucap Kudin sedikit payah. Kau kenapa tak balik aja, Lisa? menyusahkan aku betullah! Datang pandai.. balik tak reti. Hish!
“Alah.. tidur kat sofa ni pun boleh. Tak pun tidur dengan mak.” Pantas sungguh Edrina memberikan cadangan itu. Jaga kau, perempuan.. desis hatinya penuh dendam.
Lisa terkebil-kebil memandang Edrina. Dia tidak tahu mengapa Edrina tiba-tiba baik benar mahu mempelawa dia menginap di situ malam itu. Namun ajakan itu memang dialu-alukan benar. Memang itulah hasrat sebenar dia. Dia mahu terus berada di celahan keluarga ini.
“Yalah..” jawab Kudin perlahan sahaja. Matanya dihalakan semula ke arah tv dalam pada hatinya masih tidak sedap.
“Telefon apak kamu tu, Lisa. Nanti dia risau ingat kamu hilang pulak,” ujar Mak cik Kunah senang hati dengan keizinan si Kudin.
“Nanti Lisa call..”
Malam itu..
Semua penghuni sudah masuk ke sarang masing-masing. Lisa terbedik-bedik sendiri di atas sofa itu dengan bantal dan selimut yang diberikan oleh mak cik Kunah. Fikirannya merangka apa lagi olahnya untuk hari esok. kalau boleh dia mahu terus berada di sini. Namun sedang dia hanyut dalam kesunyian di ruang tamu itu, telinganya menangkap sesuatu bunyi yang meloyakan tekaknya.
“Alah.. abang ni. Saja je kan?” serentak itu ada tawa cukup manja kedengaran. Suara siapa lagi kalau bukan seterunya itu. Turun naik dada si Lisa menahan sakit hati. Kalaulah dia tahu dia akan diperdengarkan suara manja tahap nak termuntah begitu.. lebih baik dia balik sahaja tadi!
“Abang, janganlah..” rengekan itu kedengaran tidak lama kemudian. Diikuti lagi dengan tawa yang cukup membuatkan telinga sesiapa sahaja berbulu mendengarnya.
Lisa seperti mahu menekup kedua-dua belah telinganya. Hatinya sakit tidak terucap. Entah apalah yang dibuat oleh dia manusia di dalam bilik yang berkedudukan setentang dengan tempat dia berbaring itu. sudahlah bilik itu tidak berpintu! Memanglah suara manja ala-ala biang itu senang sahaja keluar masuk daripada bilik itu.
“Abang ni seksilah. Geram tau dengan bulu dada abang ni!”
Lisa terus bangun! Memang dia tidak kuat iman mendengar ungkapan itu. Tidak! dia tidak sanggup lagi. Menyirap-nyirap darahnya mendengar suara Edrina begitu miang memuja Kudin. Terus dia mengaut bantal dan selimutnya. Daripada tidur di situ dia lebih rela dia tidur di kubur sana!







27
Kudin terus memandang wanita di sebelahnya dengan pandangan jengkel. Sedari tadi dia memandang sahaja isterinya itu. Sedikit pun Edrina tidak peduli kepada renungannya.
“Apa?” soal Edrina sambil menahan senyum. Dia buat-buat tidak faham pula apa maksud renungan Kudin.
Kudin menggeleng sahaja. “Dah habis dah?” perli Kudin.
“Dah! Dia dah blah..” jawab Edrina selamba.
“Rina.. Rina.. Usahkan dia.. abang sendiri pun rasa berdiri bulu roma ni, yang. Lain macam sungguh bunyinya tu. Macam terlebih-lebih pulak,” ujar Kudin. Kepalanya digelengkan lagi.
“Saja je kasi lebih. Biar dia ingat sampai bila-bila,” jawab Edrina selamba.
“Lakonan tu tak real langsung. Apasal ada suara Rina aja? Suara abang takde pun. Syok sendiri seorang ke apa ni?” tanya Kudin dengan nada yang amat perlahan. Siap cakap geram kat bulu dada aku? Memang tak boleh blah bini aku ni! gerutu Kudin dalam hati. Semenjak tadi dia terkebil-kebil menelan liur sahaja memandang aksi manja pura-pura isterinya itu. Nak tidur pun tak boleh mendengar suara Edrina begitu. Ingat aku ni batang pisang ke apa? getus hati Kudin sebal.
“Dah abang tu yang tak mahu join sekali? Kalau ada suara abang tadi, entah-entah muntah pelangi dia kat situ jugak.” Edrina terus tergelak. Dia tahu Lisa sudah berpindah tempat tidur entah ke mana. Agaknya dengan emak mertuanya. Sakit telinga ke dengar aku bermanja dengan laki aku? Kalau kau takde apa-apa perasaan pada laki aku, kenapa nak termuntah pulakkan? Hati Edrina bermonolog sendiri tentang reaksi Lisa tadi.
“Apa barang berlakon? Kasi yang real punyalah barulah ada faedahnya,” sambut Kudin separuh memerli.
“Eee.. yang real tu tak mahu! Ada mak kat belakang. Seganlah!”
“Habis tu buat macam tu tadi tak segan pulak?” tembak Kudin pantas.
Serentak itu Edrina terdiam memandang suaminya. Ya tak ya jugakkan? Apa bezanya pun? Alah.. dah terlambat nak reverse balik pun. Dah tengah malam. Esok ajalah nak berlakon yang real punya pun. Eh! Tapi mana boleh kasi orang tahu apa agenda rahsia dalam bilik tidur ni.. berdosa tau. Kalau ada agenda pun kena senyap-senyap aja. Jangan sengaja keluarkan bunyi kuat-kuat sampai orang luar tahu. Sorry, Bang Kudin.. tunggu mak balik dulu baru boleh jalankan agenda tu, okay.. detik hati Edrina sambil tersenyum sendiri.
“Sampai bila nak bergaduh macam ni?” tanya Kudin lembut. Sejujurnya apa yang berlaku antara dua wanita ini tidak mampu menyenangkan hatinya.
“Sampai dia berhenti ganggu rumahtangga kita!” jawab Edrina serius.
Kudin menghela nafas perlahan. “Dia tu budak-budak lagi, sayang. Akal belum matang.”
“Alah.. 25 tahun budak-budak lagi apanya? Dah tua bengkak!” getus Edrina tidak setuju dengan pendirian Kudin.
“Ya.. tapi dia tu lebih muda daripada kita. Kita janganlah jadi pendek akal macam dia,” sambut Kudin tetap lembut.
“Eh! Tolong sikit ya. Rina tak akan jadi macam dia dan tak akan sama macam dia. Sengal punya perempuan! Laki orang pun nak jugak. Terdesak ke apa dia ni? Mana pergi boyfreind dia dulu tu? Sibuk aja nak mengejar laki orang,” getus Edrina tidak berpuas hati.
“Kejahatan kita tak boleh balas dengan kejahatan, sayang. Lantakkan dia apa dia nak buat. Kita dengan hidup kita. Abang tak mahu Rina layan sangat dia tu,” ucap Kudin biasa.
“Alah.. dia datang sini memang sebab nak dilayan macam tu. Apa salahnya?”
“Tengok tu? Tak mahu dengar cakap abang,” tegur Kudin tidak senang.
“Yang abang nak bela sangat dia tu kenapa? Ada apa-apa ke? Merajuk balik KL karang, baru tahu!” cebir Edrina sebal dengan si Kudin pula. Lelaki itu dijelingnya tajam.
“Bukan abang nak bela dia. Tapi abang tak suka tengok isteri abang sama bersikap macam si Lisa tu. Abang kenal dia dah lama, Rina. Sebab tu abang tegur Rina sekarang. Dia tu tak matang. Dalam hidup dia hanya tahu berangan tentang sesuatu yang dia tak mampu capai dengan tangan sendiri. Apa yang dia nak dia dalam hidup dia, dia cuma tahu guna jalan pintas untuk mencapai kehendak dia. Orang macam tu tak boleh dilayan. Kalau dilayan sengal kita jadinya,” jawab Kudin lembut sahaja. Itulah penilaiannya tentang Lisa semenjak beberapa tahun ini. Wanita itu semakin lama semakin tidak boleh dipakai otaknya!
Kali ini Edrina terdiam. Perasaan tidak puas hati kepada Kudin tadi menyurut secara sendiri. Perlahan dia mendekati suaminya itu. “Macamana dulu abang boleh rapat dengan dia?” tanya Edrina lembut.
“Dulu lain, sayang. Dulu dia masih mentah, masih di zaman sekolah.. belum tahu tentang dunia luar. Sekarang dia dah nampak dunia sebenarnya. Dia dah bina keperibadian dia seperti dia yang sekarang. Abang takde hati sikit pun pada dia, yang. Kenapa Rina nak takut dengan dia?” pujuk Kudin lembut.
Edrina terdiam memandang suaminya itu. Bukannya dia takutkan Lisa.. tapi cuma bimbang. Melihat Lisa baik benar dengan emak mertuanya, dia memang bimbang. Bimbang Kudin terpaksa memilih juga suatu hari nanti. Salahkah dia sekadar menjaga haknya di sisi Kudin? Bukan senang dia mahu menikmati semua ini. Kenapa Lisa semudah-mudah itu mahu mengganggu haknya?
“Jangan fikir yang bukan-bukan. Itu akan merosakkan diri kita jugak akhirnya nanti. Abang tak mahu pasal dia ni, rumahtangga kita seolah-olah ada barah yang merosakkan,” ucap Kudin dalam pada Edrina terus berfikir sendiri.
“Okay..” sambut Edrina akur dengan nasihat suaminya itu.
“Hmm.. macam tulah sayang abang. Mari sini tidur dekat dengan abang.” Kudin terus menepuk lengannya, meminta Edrina berbaring di situ.
Sambil tersenyum Edrina mengalihkan kepalanya ke lengan Kudin. Serentak itu juga pinggangnya dipaut lelaki itu membuatkan tubuhnya melekap erat ke badan Kudin.
“Abang Kudin nak nyanyi ni. Rina nak dengar?”
“Oh no! Kalau lagu dangdut tu, tak mau! Tak boleh tidur nanti,” jawab Edrina cukup pantas membuatkan Kudin tergelak sendiri.
“Takdelah.. Abang main-main aja. Abang tahu Rina tak suka lagu tu,” bisik Kudin lembut.
“Abang tahu apa lagi tentang apa yang Rina tak suka?” tanya Edrina sedikit lunak.
“Yang paling abang tahu ialah.. Lisa!” jawab Kudin sambil ketawa lembut.
“Itu memang yang teratas! Takkan jatuh ke tangga ke dua. Lagi?”
“Pacat..”
“Lagi?”
“Motor abang..”
“Itu tak! As long bukan Rina yang kena tolak motor abang, Rina tak bencikan motor abang tu,” jawab Edrina pasti.
“Oh iya ke? Hari tu yang kutuk macam-macam tu apa?” Kudin tersenyum-senyum memandang raut isterinya itu.
“Kutukan tu bukan untuk motor tu sebenarnya.. tapi untuk tuan punya motor tu yang sengal entah apa-apa,” jawab Edrina selamba.
Kudin ketawa seronok melayan gelagat isterinya. “Oh! Jadi hari tu kata nak campak motor tu ke laut tu, sebenarnya nak campak abanglah ya?”
“Yalah.. menyakitkan hati betul. Dah tahu motor tu buruk, yang pergi masuk dalam lopak tu nak buat apa? Padan muka kena tolak! Nak menggatal punya pasal, ambik! Setengah hari tidur sebab penat tolak motorkan?” ejek Edrina pantas.
Kudin ketawa lagi. Rambut wanita itu diusiknya lembut. “Okay.. abang tak pernah lupa apa yang Rina paling tak suka,” ucap Kudin kembali serius.
“Apa dia?”
“Kentut dalam selimut,” ucap Kudin selamba.
“Itu memang spoil! Malam pertama pulak tu! Menyampah betul..” termuncung mulut wanita mengenangkan insiden itu. Benci betul dia dengan Kudin waktu itu. Benci tak terucap! Sekarang? Ah! Jangan buang masa tanyalah.. semua orang dah tahu jawapannya apa. Sayang macam nak pengsan pulak!

Wak Sukiman mendegus mendengar bicara Kudin. Rasa tidak puas hatinya semakin melambung-lambung. Matanya terkedip-kedip memandang ke luar sambil telinganya terus ditadahkan jawapan anak muda itu.
“Saya minta maaflah, wak. Permintaan wak tu rasanya tak dapat saya penuhi. Terlalu tinggi nilainya. Saya rasa saya tak mampu nak adakan untuk wak.” Lembut sahaja biacara Kudin tanpa mahu menggoreskan hati si tua itu.
Wak Sukiman menoleh. “Apa yang tingginya? Wak cuma minta kamu sediakan sedikit bahagian perkongsian untuk wak dalam kolam ikan kamu yang baru tu. Bukannya banyak.. 25 percent aja!” tegas Wak Sukiman serius.
Kudin menghela nafas perlahan memandang lelaki tua itu. “Masalahnya.. wak langsung takde kena mengena dengan kolam ikan tu. Itu projek saya dengan Mokhtar,” jawab Kudin semula. Apalah masalah lelaki ini? Meminta sesuatu yang bukan haknya?
“Alah.. kau ni, Kudin. Dengan si Mokhtar tu boleh pulak kau beri bahagian dia macam tu aja. Padahal dia bukannya ada sumbangkan modal pada projek tu pun. Dengan wak kau berkira pulak!” keras nada Wak Sukiman masih tidak berpuas hati.
“Memang Mokhtar tak mampu berikan modal permulaan pada projek tu, wak. Tapi dia dah sumbangkan titik peluh dia sepanjang kami berkerja sama. Semua ini tak mampu saya jalankan kalau bukan bersama dia.”
“Tapi aku ni beri lebih daripada dia! Aku beri sebahagian tanah aku pada perniagaan ikan keli kau tu. Sekarang bila dah maju kau nak lupakan jasa aku macam tu aja ke, Kudin?” tempelak Wak Sukiman tidak berpuas hati.
“Memang betul.. tapi bahagian wak dalam kolam ikan tu wak dah ambil. Setiap kali ada keuntungan wak dulu yang menuntut. Kemudian ikan tu pun wak ambil macam tu aja. Saya sendiri pun bayar pada kolam tu setiap kali saya ambil ikan tu, wak. Tapi wak ambil secara percuma. Apa lagi yang wak nak?” balas Kudin serius.
“Alah.. takkan itu pun kau nak berkira, Kudin. Bukan banyak pun yang aku ambil selalunya!” getus lelaki tua itu sambil menjeling.
“Ya! tapi disebakan sikap wak macam ni, saya terpaksa mengeluarkan modal lebih untuk ganti balik apa yang wak dah ambil. Takkanlah saya nak kurangkan bekalan pada pelanggan yang dah menempah bekalan ikan di sini? Itu wak tak mahu ambil kira? Sekilo dua.. tapi kalau dalam seminggu tiga empat kali wak ambil, lama-lama jadi banyak,wak. Macamana saya nak kira semua tu?” ucap Kudin pantas.
Wak Sukiman terdiam mendengar bicara anak muda itu.
“Saya ni berniaga, wak. Saya ada pekerja-perkerja yang perlu dibayar gaji. Kalau business tak untung.. asyik dulukan kepentingan sendiri aja, macamana nak bertahan lama?” sambung Kudin mula melembutkan nadanya.
“Okay.. kalau kau tak boleh beri 25 percent, wak turunkan sikit. Wak mintak 10 percent aja. Lagi 15 percent wak nak bahagian daripada ladang kau,” ucap lelaki tua itu turut lembut.
Kudin terkedu dengan mata terbeliak. Apa kes pulak orang tua ni demand dengan aku macam ni? “Itu pun saya tak boleh berikan,” jawab Kudin kemudian.
“Alah, Kudin.. kau jangan lupa. Aku pun banyak membantu kau sebelum kau jadi macam ni sekarang. Kau jangan lupa sejarah lama kita dulu,” perli lelaki tua itu selamba.
“Apa yang wak bantu saya?” tanya Kudin sambil mengerutkan keningnya.
“Aku yang bagi tunjuk ajar dan nasihat pada kau sebelum kau memulakan projek ikan ni dulu. Kau dah lupa ke?” getus lelaki tua itu selamba.
“Saya hanya boleh beri bahagian wak dalam kolam ikan keli tu aja. Bahagian lain saya tak boleh, wak. Maafkan saya. Ladang tu dan projek ikan dan udang tu projek saya dan Mokhtar.”
Wak Sukiman menoleh kepada anak muda itu dengan muka merah. “Kau jangan nak sombong dengan akulah! Dulu sebelum kau jadi macam ni, kau tu mintak belas kasihan aja dengan aku. Sekarang kau nak berkira pulak? Berlagak sangat kau ni sekarang ya, Kudin? Kereta besar kau boleh beli sampai dua bijik! Takkan dengan aku ni kau nak berkira jugak?” tempelak Wak Sukiman meninggi.
“Mana ada saya beli kereta besar sampai dua biji, wak?” ucap Kudin hairan.
“Kau fikir aku buta? Tak nampak kereta depan rumah kau ada dua biji? Kau fikir aku tak tahu berapa harganya kereta yang bini kau pakai tu? Kau jangan nak menyombong dengan aku, Kudin. Mentang-mentanglah bini kau cantik, kau nak tunduk pada dia. Belikan dia kereta mahal macam tu!” Meninggi lagi suara orang tua itu.
“Ya Allah.. itu bukan kereta saya. Bukan saya yang beli, wak! Itu kereta isteri saya. Mak bapak dia yang belikan semenjak sebelum saya kahwin dengan dia. Jangan tuduh saya macam ni, wak. Tak baik!” keluh Kudin sambil menggeleng sendiri.
Wak Sukiman terdiam pula. Tiba-tiba terkebil-kebil matanya memandang Kudin.
“Bukan saya nak sombong dengan wak. Tapi saya dah beri apa yang wak berhak terima. Wak.. jangan cakap bukan-bukan dengan saya macam ni. Saya hormatkan wak macam ayah saya sendiri selama ni. Tapi wak janganlah mengambil kesempatan pada kebaikan saya,” keluh Kudin tidak senang. Tampang lelaki tua yang sedang duduk di hadapan mejanya itu dipandang lembut.
Wak Sukiman mendegus sendiri sambil memandang ke arah lain. Akalnya mencari idea lain untuk memujuk Kudin. Apa pun hakikatnya dia tetap mahukan sedikit kemewahan yang dinikmati oleh Kudin.
“Wak, macam nilah. Saya akan berikan sebahagian daripada hak perkongsian saya dalam kolam ikan keli ni pada Wak. Macamana? Setuju?” pujuk Kudin lembut.
“Tak cukup, Kudin! Aku tahu nilainya kolam ikan ni tak sebanyak ladang kau tu. Dan projek kau di hulu tu berganda-ganda lebih besar berbanding kolam ni!” bentak Wak Sukiman siap menepuk meja di hadapan Kudin.
Kuding menggeleng perlahan. Lelaki tua ini nampaknya tidak reti bahasa dan tidak tahu malu.
“Maaflah itu memang tak dapat saya berikan pada Wak.” Kudin membalas biasa. Bukannya dia mahu tamak haloba. Tetapi sikap lelaki ini yang tidak amanah dan tidak berdisiplin dalam menjalankan urusan perniagaan memang menyusahkan dia sangat-sangat. Dia tidak mahu orang seperti ini yang memusnahkan semuanya perniagaannya.
Wak Sukiman memandang tajam raut Kudin. “Kau takkan selamanya dapat macam ni kalau kau terus lupakan orang yang dah banyak berjasa pada kau, Kudin. Kau tengoklah!” ancam lelaki tua itu cukup serius.
“Saya tak pernah lupakan jasa Wak. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa-jasa Wak tu. Tapi saya minta maaf banyak-banyak, Wak. Saya tak dapat berikan apa yang Wak minta tu. Ini bukan melibatkan saya seorang tapi semua orang yang berkerja dengan saya,” jawab Kudin tidak gentar.
“Aku tahu si Mokhtar tu dah hasut kau macam-macam kan? Aku tahu dia memang tak sukakan aku. Setiap kali aku datang sini, muka dia tak pernah nak manis dengan aku,” getus lelaki itu mula menyebut nama Mokhtar pula.
“Takde siapa yang menghasut saya selama ini. Semua keputusan yang saya buat, saya fikir sendiri, Wak. Mokhtar selama ini jujur dengan saya. Apa masalah kolam ikan ni dia akan terus rujuk pada saya. Dia tak pernah membelakangkan saya walau apapun keadaannya.”
“Jadi kau anggap akulah yang tak jujur?”
“Wak fikir sendirilah..” sambut Kudin tenang sahaja.
“Huh! Menyakitkan hati aja bercakap dengan kau ni, Kudin. Betul kata Lisa. Kau dah banyak berubah. Tamak! Berlagak! Bini kau tu yang ajar sampai kau jadi macam ni ya? Orang KL macam tu memang kurang ajar,” getus lelaki tua itu lantas bangun. Terlupa pula dia yang anak dia pun jadi begitu sebab duduk KL.
Wajah Kudin mula berubah. “Isteri saya takde kena mengena dalam hal ni. Wak jangan libatkan dia!”
“Kau tunduk pada bini kau, mestilah kau bela dia. Lisa ada beritahu aku, kau sanggup berhabis untuk belikan barang-barang rumah yang mahal-mahal untuk bini kau tu. Kau pun sanggup jadi lelaki bodoh takde pendirian semata-mata untuk perempuan cantik macam tu. Cantik tapi perangai buruk! Bergaul dengan orang kampung pun tak mahu. Kalau aku.. tahulah aku nak ajar bini macam tu,” cemuh lelaki tua itu jelik.
Merah wajah Kudin. Hatinya turut berasap mendengar bicara mudah lelaki tua itu. “Isteri saya biarlah saya yang ajar. Isteri dan anak perempuan wak.. Waklah yang kena ajar. Hakikatnya orang KL tu isteri saya. Bukannya isteri Wak! Eloklah Wak balik sekarang. saya pun tak mahu kerana hal ini saya dengan Wak pulak yang bermusuh nanti,” ujar Kudin semakin geram.
Tanpa kata lelaki tua itu berlalu dengan wajah mencuka. Kudin hanya memerhati sehingga akhirnya dia menggeleng sendiri. memikirkan Wak Sukiman dan Lisa hanya ada satu penilaiannya saat ini. Like father like daughter!

Edrina menjenguk seketika ke luar tingkap yang sedang ternganga luas di ruang tamu rumah itu. Secara tidak sengaja dia ternampak kelibat sebuah kereta berkedudukan masih agak jauh sedang menuju ke arah rumahnya. Terbeliak mata Edrina serta merta.
“Abang sayang aku balik! Abang sayang aku balik!” lintang pukang wanita itu berlari masuk ke dalam biliknya. Rambutnya diuraikan pantas. Kelam kabut dia menyikat rambutnya. Kemudian terus disanggulkan kemas. Setelah itu rautnya dibelek di cermin. Setelah itu lip glose diseletkan ke bibirnya. Minyak wangi dicalitkan di bawah telinganya dan sebelum keluar.. dia membetulkan baju yang sedang melekat ketat ke tubuhnya. Dua butang paling atas sengaja dibukanya.
“Ah! Confirm cair Abang Kudin tengok kau macam ni, Edrina. Tak nak pergi kerja dia nanti,” ucapnya sambil membuat lirikan menggoda kepada cermin itu. Perasan cantik betul si Edrina itu.
Menyedari kereta Kudin sudah ada di hadapan rumah Edrina menanti di hadapan pintu itu untuk menyambut suaminya. Dia tidak tahu apa hal pula Kudin pulang seawal ini. Baru jam 10 pagi, Kudin dah balik. Takkan nak sarapan lagi kut. Mungkin Kudin ada tertinggal barang di rumah.
“Assalamualaikum..” sapa Kudin sambil membuka kasut kerjanya. Isterinya yang sedang menempel ke dinding itu dihadiahkan dengan senyuman.
“Waalaikumussalam..” jawab wanita itu lembut. Bercahaya matanya memandang lelaki itu. Aduh! Kenapalah kacak sangat abang Kudin aku sekarang ni? Hot sungguh! bisik hati Edrina kian teruja bercampur miang.
“Kenapa pandang abang macam tu?” tanya Kudin sedikit hairan setelah dia naik ke atas rumah. Keningnya berkerut melihat Edrina merenungnya sambil tersenyum-senyum. Amboi! Cantik benar bini aku ni. Ada apa hal ni? bisik hati Kudin sebaik sahaja memandang dari atas ke bawah.
“Aik? Dah tak boleh pandang abang ke sekarang ni?” cebir Edrina manja. Dia tak nampak ke aku dah pakai cantik-cantik ni? Tak puji pun? Menyampahlah dia ni! Siap tanya kenapa aku pandang dia. Mestilah aku nak pandang dia. Takkan aku nak pandang ikan keli dalam kolam dia tu pulak. Sengal betul laki aku ni..
“Abang ada hal kat pekan sekejap lagi. Nak pergi pejabat peladang dengan bank sekejap lagi,” ujar Kudin terus berjalan menuju ke biliknya.
“Okay..” Edrina mencebik sedikit ketika Kudin membelakangkan dirinya. Huh! Ingat balik sebab rindu kat aku. Nak pergi pekan rupanya..
Kudin menoleh seketika ketika di ambang bilik. Takde nak ikut ke? Selalunya dia cepat aja nak ikut.. Kudin kehairanan sedikit melihat isterinya itu. Namun tanpa kata dia terus masuk ke dalam bilik.
“Abang nak minum dulu sebelum pergi?” tanya Edrina dari luar.
“Boleh jugak,” jawab Kudin sambil membuka laci di dalam almari.
“Rina buat air ya?”
“Okay..”
“Menyampahlah  Abang Kudin ni! Kita dah berhias cantik-cantik macam ni, dia macam biasa aja? Tak tergoda ke? Pujilah sikit..” Edrina membebel sendiri saat di dapur itu.
“Mana airnya?” terjahan suara garau lelaki itu mengejutkan Edrina yang sedang mengelamun sendiri. Dia terus menoleh.
“Erk! Ni ha.. baru nak gaul!” balas wanita itu sedikit menggelabah melihat Kudin ada di situ. Cepat-cepat dia sudu di dalam mug itu dipusingnya.
Kudin terus mendekati isterinya itu. Hairan seketika dia melihat gelagat lain macam Edrina. “Tak nak ikut abang?” tanya Kudin lembut.
“Malaslah..” jawab Edrina dengan sedikit senyuman. Mug berisi air oren dingin itu diserahkan kepada suaminya.
“Abang tak boleh lama ni. Temujanji tu lepas zuhur nanti,” ujar Kudin sekadar memberitahu. Mug itu diambilnya.
“Lambat lagikan nak zuhur?”
Kudin tidak menjawab. Air itu dihirupnya sedikit demi sedikit sambil berdiri di hadapan wanita itu. Dalam pada itu dia terus memandang Edrina yang sedang memerhatikan dia minum. “Nak?” pelawanya setelah air itu separuh dihirupnya.
Edrina menyambut mug itu sambil tersenyum manis. Baki air itu dihirupnya juga. Kudin terus memandang isterinya dari atas ke bawah. Mengancam betul bini aku ni. Boleh tak kalau appoinment tu ganti hari lain aja? Rasa macam tak jadi pergilah.. bisik hatinya geram.
“Pakai cantik-cantik macam ni, betul tak mahu ikut abang?” tanya Kudin lembut. Baik juga Edrina tak mahu ikut sebab pakaian seketat itu tidak seharusnya berada di khalayak ramai. Dia pun hanya ajak-ajak ayam sahaja.
“Tak naklah..”
“Okaylah.. abang pergi dulu ya?” ucap Kudin lantas mengucup pipi isterinya itu sekilas.
Edrina mengangguk sahaja sambil tersenyum. Langkah Kudin diturutinya dengan hati berbunga-bunga. Tak puji pun takpelah.. janji dia dah cium aku sekali.
Edrina sekadar memandang melalui ambang pintu kepada suaminya yang sedang menyarung kasut di bawah. Sebahagian dirinya bersembunyi di sebalik dinding. Hanya kepala yang terjengul sedikit.
Kudin tersenyum seketika sebelum melambai isterinya. “Abang pergi dulu ya?” ucapnya sekali lagi.
“Bye, abang..” jawab Edrina lunak. Lelaki itu sekadar dilambai dengan dua jarinya. Daringlah kononnya melambai begitu..
“Bye, yang..” Kudin tersengih melihat gelagat isterinya. Adui.. jangan buat macam tu, yang. Berat kaki abang ni nak melangkah ke kereta. Tak jadi pergi karang, bisik hati Kudin benar-benar tidak keruan.
“Bye..” sambut Edrina sekali lagi dengan senyum sipu-sipunya. Ayulah kononnya..
“Bye..” Kudin menyeringai sambil memandang.
“Bye..” dua jarinya melambai manja si Kudin yang sudah membuka pintu keretanya. Kemudian dilayangkan flying kiss pula kepada si Kudin yang masih memandangnya daripada pintu keretanya Aduh.. Abang Kudin ni. Berapa kali nak bye bye ni.
Kudin terus masuk ke dalam kereta. Namun enjin tidak terus dihidupkan. Matanya masih tidak mampu berkalih daripada wanita yang sedang memandangnya dari atas rumah. Buat seketika dia bungkam di dalam kereta. Isterinya itu terus diperhatikan melalui cermin hadapan keretanya. Kudin berfikir-fikir seketika.
“Tak larat pulak rasanya nak pergi. Rasa macam tak sihatlah. Nak demam.. sakit kepala..” ucap Kudin sendiri. Tangannya dilekapkan di dahi. “Confirm! Aku memang tengah demam ni,” ucapnya lagi seolah-olah sedang mencari alasan untuk dirinya sendiri.
Edrina terus menempel pada dinding itu sambil memandang si Kudin. Dia tidak tahu kenapa kereta Kudin masih ada di situ.
“Tak boleh jadi ni. Mclah hari ni!” ucap Kudin lantas keluar semula daripada kereta. Mc? Seumur hidupnya berkerja di ladangnya itu istilah mc tak pernah wujud dalam hidupnya. Yalah.. dia boss, dia nak masuk kerja ke tidak.. suka hati dialah!
“Kenapa, bang? Ada tertinggal barang lagi ke?” tanya Edrina hairan melihat Kudin kembali semula ke rumah.
“Ada..” Kudin menyeringai memandang Edrina. Dia terus memanjat tangga.
“Apa yang tertinggal?” tanya Edrina sebaik sahaja suaminya itu berada di hadapannya. Semakin hairan melihat Kudin tiba-tiba menutup pintu rumah itu pula. Macam dah tak mahu keluar terus aja?
“Ni yang tertinggal!” Kudin terus memeluk pinggang isterinya itu erat.
Edrina terkedu dengan jawapan itu. “Abang kata nak pergi pekan tadi? Nanti lambat.” Edrina terkebil-kebil memandang Kudin.
“Tak jadi. Abang mc hari ni. Nak duduk rumah aja dengan bini abang yang mengancam sangat ni. Masuk dalam!” arah Kudin serius. Liar matanya merenung wajah isterinya itu.

Ha? Masuk dalam? Dalam mana? Bilik ke? Semakin itu Edrina terkedu. Aku main-main aja. Aku cuma nak dia puji aku. Aku dah terlebih hot ke apa ni sampai dia boleh patah balik? Namun terlajak perahu boleh diundur. Terlajak mc hari ini.. padan muka kau, Edrina. Sendiri mahu ingatlah apa akan jadi sekejap lagi!

1 ulasan: