Sebaik
sahaja pintu ditolak, terpaku Ariya melihat batang tubuh yang berada
di dalam wad itu. Berubah wajahnya tiba-tiba.
“Nita tidur ke?” dari pintu itu Ariya bertanya kepada
Iqmal.
“Tidur lagi,” jawab Iqmal lembut.
“Ary datang nanti aja,” ucap Ariya lantas berpaling.
“Ariya..” Regina terus mengejar langkah temannya itu.
Sempat juga dia mencapai tangan temannya itu sebaik sahaja Ariya berada di kaki
lima wad itu.
“Tolonglah jangan mengelak dari aku. Aku minta maaf,”
ucap Regina separuh merayu.
“Kau nak apa lagi dari aku ni?” ucap Ariya tajam.
“Aku nak minta maaf pada kau, Ary. Aku tahu aku dah
kecilkan hati kau,” ucap Regina sayu.
“Kenapa hati aku ni jadi satu beban untuk kau, sampai kau
perlu minta maaf?” Ariya terus membalas tajam.
Regina terdiam seketika sambil meraup wajahnya. “Aku tahu
aku biarkan kau selama ini..”
Ariya terus ketawa sebelum sempat Regina menghabiskan
kata-kata. “Aku takde kepentingan dalam hidup kau.. yang ada kepentingan pada
kau selama ini hanya Iqmal! Betulkan?” ucap Ariya sinis.
“Ary, waktu aku sedih dengan apa yang aku dengar..”
“Kau yang paling menderita kat sini? Tapi semenderita kau
boleh jugak kau jadi doktorkan? Berjaya jugak kau capai cita-cita kau! Apa nak
peduli dengan kami semua, ya tak? Perasaan kau yang paling terluka kat sini.”
Lancang kata-kata dilontar Ariya.
Regina terkebil-kebil jadinya mendengar ucapan Ariya itu.
“Kau tahu? Pada mulanya aku memang serba salah nak
beritahu kau pasal Iqmal. Aku tak dapat bayangkan apa yang akan jadi pada kau
nanti. Tapi tu..” Ariya menunding ke arah wad itu semula. “Kecewa dah tentu!
Sakit luar dan dalam memang dah jadi makanan setiap hari. Kau tak nampak apa
yang kami lalui setiap hari di sini. Telinga aku ni dah tak lalu dengar dia
mengaduh sakit. Aku sendiri pun takde tempat nak mengadu susah hati aku ni. kalaulah
boleh aku angkat sebahagian kesakitan untuk aku tanggung.. dah lama aku angkat!
Kau ke yang paling kecewa dalam dunia ni, Gina? Kau seorang aja yang ada
perasaan?” semakin keras nada Ariya menghamburkan kemarahannya.
Tidak terdaya Regina mahu meluahkan kata-kata untuk
membalas ujaran sahabatnya itu. Air matanya mengalir lagi di pipi.
“Aku tahu kau sayangkan Iqmal. Aku tak salahkan kau sikit
pun kalau kau kecewa dengan dia. Kau hukumlah dia. Tapi kenapa aku pun jadi
mangsa jugak? Kenapa Nita yang sakit tu kau singkirkan jugak? Mana hati dan
perasaan kau sebagai sahabat kami? Lepas aku tahu dari mama kau yang kau dah
tahu Iqmal dah kahwin dengan Nita, aku ada email kau. Kalau kau dah tak ingat..
aku nak ingatkan semula. Aku ada email kau beratus kali jelaskan semuanya! Aku
nak call kau di sana dalam keadaan sepanjang masa kami perlukan duit, aku tak
mampu, Gina. Tapi email tu pun hanya sekali kau balas email aku. Itu pun kau
kata, kau tak mahu kami ganggu kau! Dan entah apa-apa lagi kau cakap. Takde
satu perkataan pun yang sedap untuk aku telan!”
“Aku cukup sedih baca email kau tu, Gina. Tapi aku
sabarkan hati sebab tak mahu kita jadi macam ni. Aku faham kau kecewa sebab
Iqmal. Aku tak ingin putus asa. Tapi kau terus diamkan diri. Aku rasa macam
bercakap dengan tunggul. Bila dah 5 tahun aku bercakap seorang diri.. kau rasa
apa lagi daya aku yang tinggal? Aku tahu sebenarnya kau tak baca pun apa yang
tulis untuk kau tu kan? Kalau kau baca apa yang aku tulis dalam semua email
tu.. kita takkan jadi macam ni,” sambung Ariya tetap mengeraskan nadanya.
Regina tersentap mendengar kata-kata Ariya. Namun
sebahagian dirinya bagaikan luruh kerana tekaan Ariya tentang email yang
langsung tidak dibacanya itu memang benar. Dia terlalu kecewa sehingga email
itu dipadamkan sahaja tanpa dijawabnya.
“Kau tahu macamana aku boleh rasa yang kau tak baca email
tu?”
Regina sekadar menggeleng.
“Iqmal malu sangat nak pinjam duit dengan mama kau untuk tampung
kos pembedahan Nita. Waktu tu dia sendiri pun takde apa-apa langsung. Aku ni
lagilah takde apa-apa. Mak bapak aku bukannya orang kaya macam mama kau. Aku
sendiri pun segan nak bukak mulut pada mama kau lepas apa yang berlaku antara
kau orang bertiga. Jadi aku email kau, tanya pendapat kau. Tapi takde jawapan
langsung sampailah sekarang. Aku rasa malu sendiri. Merayu pada orang yang dah
tak sudi!”
“Ary... aku.. aku tak tahu langsung pasal tu. Kalau aku
tahu..” Regina tergagap-gagap sendiri tanpa dapat menuturkan kata yang
seterusnya.
“Sebab email aku kau tak baca, Gina. Kita buat penilaian
tentang sesuatu selepas kita tahu semuanya. Bukannya sebelum itu! Tapi kau tak
mahu dengar pada aku langsung. Kalau kau ada keadaan takkan jadi seteruk ini,
Gina.” Ariya menyambut pantas.
“Iqmal nikah dengan Nita bukan saja-saja. Kau tak tahu
apa jenis mala petaka yang menimpa dia.. keluarga dia. Ini tempatnya yang jadi
saksi permulaan semua benda ni. Aku pernah temankan Nita ke sini untuk tuntut
jenazah mak dan ayah dia. Kami terserempak dengan Iqmal dengan mama dia di
sini. Kata dia ayah dia kemalangan. Tapi Nita terkejut bila tengok polis yang
kendalikan kes kemalangan mak dengan ayah dia tu, polis yang sama jumpa ayah
Iqmal. Rupa-rupanya ayah Iqmal yang langgar orang tua Nita waktu dua orang tua
tu balik daripada masjid. Nita pengsan bila dapat tahu pasal tu. Tapi
undang-undang dunia ni tentukan ayah Iqmal tak bersalah apa-apa pun dalam
kemalangan tu. Hanya disebabkan mak dan ayah Nita naik motor tak pakai helmet.
Lagipun ayah Iqmal bagi statement pada polis yang mak dengan ayah Nita naik
motor di tempat yang salah. Kami reda dengan ujian tu, Gina. Hidup mati ni atas
jalan ke.. atas katil ke.. semua tu Allah punya kuasa. Tapi semenjak mak dengan
ayah dia takde.. dia selalu sakit. Aku fikir dia cuma tertekan. Sunyi sebab
tinggal seorang. Walaupun reda tapi bukan senang untuk dia lepaskan kesedihan
tu. Tapi sebenarnya bukan sebab itu aja.”
“Kalau kau masih ingat semenjak dulu Nita paling susah
nak ambil sarapan pagi. Lepas makan selalu muntah. Rupanya itu petanda awal
tumor yang kita ingat semua tu remeh. Tapi rupa-rupanya tak remeh langsung!
Telinga aku ni sendiri yang mendengar doktor mahu dia dibedah secepat mungkin
sebab tumor tu ada pada beberapa bahagian. Aku tak tahu apa nak buat. Mana nak
cari duit. Kau ingat ayah Nita tu banyak tinggalkan dia duit? Aku bagitahu
Iqmal pasal Nita. Dia memang terkejut dengar Nita ada tumor otak. Iqmal pujuk
ayah dia supaya tolong Nita. Atau sekurang-kurangnya buatlah sesuatu untuk
Nita. Tapi ayah dia tak mahu bantu langsung. Bila tengok ayah dia macam tu. Dia
pun tak tahu apa nak buat, akhirnya dia jadi nekad. Dia ingat ayah dia akan
bertanggung jawab jugak pada Nita lepas dia orang kahwin. Yalah.. takkanlah ada
manusia yang sanggup tengok menantu dia terbiar sakit macam tu ajakan?”
“Tapi lain yang jadi. Ayah dia waktu tu tengah kemarukkan
perempuan muda. Waktu kemalangan tu dia baru balik daripada kelab malam dengan
perempuan. Hebatkan orang kaya-kaya ni? Sombong! Iqmal ada cakap dengan aku
yang dia nak selesaikan masalah kau dengan dia lepas nikah nanti. Buat masa tu
kami terpaksa dulukan Nita. Usahkan nak bertanggungjawab pada Nita.. ayah dia
halau Iqmal pulak dah! Dengan dia-dia sekali jatuh miskin akhirnya. Mujurlah waktu
tu Iqmal dah nak habis study. Hidup kami bertiga ni, Gina.. dah tunggang
terbalik jadinya. Ayah dia buang Iqmal.. ambik perempuan muda jadi bini baru dia.
Ayah dia memang tak mahu bantu dia langsung! Sesen pun tak mahu. Barang kemas
aku ni.. habis semuanya dah masuk pajak gadai sebab nak bantu dia orang dua
orang mulakan hidup semula. Nasib baiklah mak dengan ayah aku tak marah,” ucap
Ariya sambil menunjukkan pergelangan tangannya.
Berderai air mata Regina mendengar cerita itu. “Aku.. aku
tak tahu semua ni, Ary. Aku cuma terkilan sebab Iqmal tak pernah putuskan
hubungan kami selama ni. Dia tak pernah hubungi aku untuk jelaskan semua ni,”
ujar Regina dalam esakan sayu.
“Dengan semua masalah duduk di atas bahu dia.. kau rasa
dia boleh lagi nak hadap kau dengan semua cerita tu ke, Gina? Kau ingat dia
senang hati ke kat sini? Siang pergi kampus.. malam dia kena kerja. Nita pulak
asyik sakit. Dalam email aku tu penuh cerita tentang dia, Gina. Dia tertekan
sangat-sangat. Fikirkan kau.. fikirkan Nita.. fikirkan nasib mak dia lagi. Mana
ada manusia hebat boleh tanggung semuanya sekali gus! Orang yang tak duduk di
tempat dia takkan faham. Aku cuba bantu dia selesaikan masalah dia dengan kau.
aku harap kau akan faham lepas aku ceritakan semuanya pada kau. Tapi sayang..
kau tak sudi pun balas email aku. Tiba-tiba aku jadi musuh kau pulak.”
“Ary, aku tak pernah anggap kau macam tu. aku Cuma perlukan
ruang untuk..” Regina terdiam memegang kepalanya. “Entahlah.. aku pun tak tahu
apa nak cakap. Aku memang tersilap, Ary.”
“Kau tahu apa rasanya bila aku nampak kita semua dah
berpecah belah selama ini? Dengan segala macam masalah di sini, kau pulak terus
diam di sana. Sampai akhirnya kau email aku dengan bahasa-bahasa yang sedap
didengar. Kau tahu apa rasanya? Aku rasa dalam dunia ni hanya tinggal aku
seorang aja, Gina. Bila aku susah hati aku rindu sangat nak bercakap dengan
kau. Tapi kau pulak musuhi aku tanpa sebab!” tambah Ariya sedikit mengendur
nadanya.
“Aku tahu.. aku balik sebab nak perbetulkan semuanya, Ary.”
“7 tahun ni aku dah terbiasa hidup sendiri. Kawan-kawan
aku dulu semuanya dah jadi orang lain kepada aku. Nita dah jadi rangka hidup
macam tu. Nak ajak bergurau senda.. bergelak ketawa macam dulu, memang taklah!
Dan kau.. dah jadi doktor yang berjaya mungkin! Selamat berjayalah, cik doktor!”
sinis ucapan Ariya kepada Regina yang sedang teresak-esak menangis itu.
“Jangan tunjuk air mata kau pada aku, Gina. Aku dah puas
memandang air mata selama ni. Jangan tambah lagi,” ucap Ariya lagi. Sehabis
sahaja ucapan itu Ariya terus berlalu meninggalkan Regina teresak sendiri di
situ.
kejamnyer ariya ni xnak faham penderitaan gina dulu..
BalasPadamSama-sama kena faham keadaan sebenarnya. semua ada masalah sendiri. Gina tu setakat putus cinta aja pun berbanding Iqmal tu. dahlah kena tanggung kesalahan ayah dia, hilang cinta.. hilang semua.
BalasPadampatutnya sebelum kawin iqmal explain dulu me gina.....
BalasPadamsob...sob...huk...huk
kut ya pun takkanlah sampai 7 tahun x mau baca email orang, Gina..
BalasPadam